Monday, 24 August 2015

Ringgit jatuh: Pelajar luar negara tak ada masalah - Menteri Pendidikan Tinggi



SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof berkata, kejatuhan nilai ringgit tidak banyak memberi impak negatif kepada kos kehidupan pelajar tajaan Malaysia di luar negara.

Idris berkata, ini kerana biasiswa kerajaan terhadap pelajar di luar negara diberi dalam bentuk mata wang asing.


"Sebenarnya pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa adalah dalam bentuk wang asing, jadi mereka mendapat biasiswa dalam dolar Amerika Syarikat, dalam British pound jadi ia tidak membawa masalah sangat kepada mereka (pelajar), kerana mereka dibayar dalam wang asing," katanya kepada Sinar Online selepas memberikan taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan 2015 - 2025 kepada karyawan Kumpulan Media Karangkraf.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 sehingga 30 Ogos ini, beliau menyarankan agar pelajar tidak menyertainya bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. - Sinar Harian

Admin : Semua pelajar luar negara ni bawah tajaan Malaysia ker? Apasal korang ni jenis tak kisah dengam mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah yang mana setiap bulan orang tua dikampung terpaksa kirimkan wang untuk anak-anak mereka berbelanja bulanan? bayar rumah sewa, tambang teksi & bas untuk ke kuliah, bayar yuran asrama, kos makan dan minum ? Bayar dengan tahik hidung ka???

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas