Thursday, 27 August 2015

Punca Sebenar Pak Guard Hospital Di Kota Bharu Dibelasah Beramai-Ramai..

Kota Bharu - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam.

Pergaduhan yang berlaku petang semalam itu dipercayai akibat salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi.


Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.

"Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.

"Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini.

Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.

Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat. - HM


Pengawal Keselamatan di Hospital Besar Kota Bharu dibelasah oleh pelawat.Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) minta tolong tangkap gemok baju merah tu please..PUNCA KEJADIAN: http://bit.ly/1JzTuaO
Posted by Berita Malaysia Kini on Thursday, August 27, 2015


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas