Monday 31 August 2015

Rai 'MERDEKA' Dalam Hotel Bajet...

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12 pasangan kekasih dalam Ops Ambang Merdeka awal pagi tadi di sembilan hotel bajet di sekitar negeri ini kerana disyaki bersekedudukan. 


Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata 24 individu tersebut berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan di Klebang, Taman Merdeka dan Kampung Lapan i dalam operasi lebih lima jam yang berakhir pada 4.30 pagi tadi. 

"Antara yang ditahan ialah tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, mereka dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 sebelum dibenarkan ikat jamin oleh keluarga masing-masing. Katanya, semua mereka juga akan menjalani sesi kaunseling. - BERNAMA


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas