ERMA FATIMA TETAP MAHU CERAI TAPI BADE ENGGAN CERAIKAN?
Kes penceraian pengarah filem Erma Fatima gagal diselesaikan selepas Bade Azmi selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu sehingga mahkamah memerintahkan Bade dan Erma melantik jawatankuasa pendamai. Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.
Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.
Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa’ (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.
Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, dibuat bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.
Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990 dan mereka memiliki lima anak angkat. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.
Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma. Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment