Friday 25 September 2015

11 TANDA-TANDA GADIS SUDAH HILANG DARA SEBELUM KAHWIN

tanda2.png

Disini ingin dikongsikan beberapa tanda seorang perempuan atau anak gadis yang sudah pun kehilangan dara. Sememangnya dara amat penting untuk menentukan kesucian wanita.
Artikel ini telah pun dikongsikan dilaman facebook yang menjadi topik hangat. Apapun, teori ini tidak boleh dipercayai 100 peratus kerana berkemungkinan artikel ini ditulis hanya untuk menakutkan wanita supaya menjauhi zina.
Tanda-tanda perempuan sudah hilang dara ?

1. DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2 HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

4. BUAH DADA

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.



5. GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )



6. JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..



7. PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.



8. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).



9. BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.



10. FARAJ

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.



11. LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak.


from PenPanas
Continue Reading…

Pelajar UiTM Maut Didalam Tandas

Perlis - Seorang pelajar wanita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau, Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016.

Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas 2 jam.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi.

"Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas 2 jam lamanya, rakannya merasakan sesuatu yang tidak kena dan dia bergegas pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina.

Rakannya amat terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air
kata Ahmad Redzuan.

Pihak pengurusan asrama kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang kelmarin.

Laporan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala.

Syarafina selalu mengadu #sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan yang amat itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas
kata Ahmad Redzuan.

from PenPanas
Continue Reading…

Couple melayu perangai setan dalam masjid..

Sepasang kekasih yang layak digelarkan ‘toyol’ kerana tergamak nak mencuri duit tabung Masjid Asyakirin, Bachang, Melaka. Pasangan tu ingat mudah nak mencuri tapi ‘sayang’ diorang gagal membuka peti besi tu.
Sekarang ni kebanyakkan masjid dah pasang ‘safety’ yang ketat-ketat punya untuk halang tabung masjid lesap. Ye la.., orang yang mai ke masjid dok menabung lepas tu senang-senang pula dicuri!
Difahamkan, kejadian tu berlaku kira-kira jam 3 petang, gelagat pasangan tu yang berpura-pura nak bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di masjid tu.
Menurut Pengerusi Masjid Asyakirin, Mohamad Ismail, 76, pihak dia menyedari tabung kutipan derma masjid tu cuba dipecahkan pasangan berusia lingkungan 20-an selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.
“Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya. Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” kata Mohamad Ismail.
Mencuri ni bukan satu kerja yang baik pun, hasil duit yang dapat tu haram! Buat la kerja yang berfeadah sikit, kat Malaysia ni berlambak-lambak kerja yang boleh dibuat. Cuma atas usaha sendiri aje yang nak ke tak nak, kan?


from PenPanas
Continue Reading…

Rahsia Pelayan Jelita Kegilaan Pengunjung Kelab Malam Terbongkar

Huainan, China: Rahsia seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita jelita untuk bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam di sini terbongkar selepas dia ditahan polis kerana mengedar dadah.
Lelaki berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Guan itu memperdayakan orang ramai apabila memakai alat solek yang tebal dan membuat suara seperti perempuan.

Selama empat tahun, Guan berjaya menambat hati majikan serta pelanggan sehingga dilantik menjadi pengurus pelayan di kelab malam berkenaan.
Guan pelayan paling popular di kelab malam itu dan ramai pelanggan lelaki datang ke premis berkenaan semata-mata mahu melihat wajahnya yang jelita.
Bagaimanapun, penyamaran lelaki itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis kerana mengedar dadah kepada pelanggan.


from PenPanas
Continue Reading…

FeedaMail: Siakap Keli News

feedamail.com Siakap Keli News

Bimbang Tunjuk Perasaan Diadakan Lagi, Ramai Peniaga Di Petaling Street Tutup Kedai Esok

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Merah dikatakan sekali lagi akan mengadakan tunjuk perasaan di Jalan Petaling pada esok. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata kira-kira 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku huru-hara seperti mana yang berlaku pada himpunan baju merah, 16 September lalu. "Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya

Read More »

Maut Kerana Selfie Lebih Banyak Dilaporkan Berbanding Maut Kerana Serangan Jerung

Jangan terkejut jika dikatakan rekod kematian akibat berselfie jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kematian akibat serangan jerung Setakat tahun ini sahaja, 12 kes kematian kerana selfie dilaporkan berbanding hanya 8 sahaja yang mati selepas diserang haiwan itu. Baru-baru ini juga berlaku kematian selepas ada pihak berselfie di Taj Mahal. Bimbang ia akan menjadi 'wabak' beberapa

Read More »

VIDEO: Terkejut Labah-Labah Jatuh Atas Bahu, Seorang Wanita Nekad Terjun Dari Kereta Kerana Fobia

Fobia terhadap sesuatu perkara kadangkala boleh menyumbang kepada bahaya. Itulah yang terjadi terhadap Angela Kipp yang bertindak spontan terjun keluar dari kereta yang dipandunya gara-gara seekor labah-labah terjatuh di bahunya. Akibat kejadian itu, keretanya merempuh sebuah bas sekolah. Angela sebelum itu sedang memandu kereta dengan anak lelakinya berada di tempat duduk di bahagian

Read More »

Ali Tinju Beri Jaminan 99 Peratus Himpunan Di Petaling Street Esok

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom memberi jaminan perhimpunan di Petaling Street akan tetap diadakan pada esok hari. Walaupun ia dilarang oleh pihak polis, namun Mohd Ali memberitahu ia akan tetap diteruskan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap monopoli peniaga di kawasan itu. "99 peratus akan ada himpunan esok, yang mana yang datang

Read More »

Jemaah Haji Bertindak Rempuh Penghadang Di Tepi Jalan - Md Daud Che Ngah

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata kejadian rempuhan yang berlaku di Mina semalam adalah disebabkan tindakan jemaah haji itu sendiri. Ujarnya lagi kejadian yang meragut lebih 700 nyawa itu tidak ada kena mengena dengan kelemahan kawalan keselamatan pihak berkuasa Arab Saudi. "Keadaan jalan pada ketika itu cukup sesak dan apabila berlakunya pertembungan berkenaan

Read More »

Ancaman Pengganas di Jalan Alor : Polis Tahan Tiga Suspek

KUALA LUMPUR - Tiga individu telah ditahan pihak polis susulan kononnya wujud ancaman pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang. Mereka yang ditahan adalah seorang warga tempatan, Indonesia dan Syria. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan. "Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia

Read More »

Khairuddin Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 25 Sept - Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Kahiruddin Abu Hassan yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Somsa) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Peguam beliau, Matthias Chang berkata Khairuddin mengalami demam panas dan beliau mungkin menghidap demam denggi. "Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Dia disyaki mengalami denggi,"

Read More »

Putera Arab Saudi Antara Punca Rempuhan Jemaah - Akhbar Lebanon

Sebuah akhbar berbahasa Arab, al-Diyar, mendakwa kehadiran konvoi putera kepada Raja Salman Abdulaziz Al Saud di tengah-tengah Mina antara punca insiden rempuhan jemaah yang berlaku baru-baru ini. Konvoi Putera Mohammad bin Salmad Al Saud didakwa memainkan peranan utama di dalam insiden terbabit. Menurut laporan itu, Putera Salman dikatakan turut mahu menghadiri perhimpunan jemaah di Mina

Read More »

Terkini : Datuk Jamal Md Yunos Ditahan Dibawah Seksyen 105

Kuala Lumpur, 25 Sept - Salah seorang penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya. Beliau ditahan dibawah Seksyen 105 Cegah Kesalahan Jenayah berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok. Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada

Read More »
 
Delievered to you by Feedamail.
Unsubscribe


from PenPanas
Continue Reading…

PENTING !!! " Insya Allah" kalimah yang dapat memecahkan tembok Ya'juj dan Ma'juj




Di antara bangsa-bangsa manusia, tidak ada bangsa yang sekuat ya'juj ma'juj, sekejam ya'juj ma'juj, dan sebanyak ya'juj ma'juj. Namun tidak disangka, bahawa kelak yang membebaskan mereka dari tembok yang kukuh dibina Dzulqarnain adalah kalimat 'Insya Allah'.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harith dan 'Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua orang ini adalah bagaimana kisah Ashabul Kahfi?, Bagaimana kisah Dzulqarnain?, Dan Apa yang dimaksudkan dengan Ruh?.

Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu, "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab." Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.

Sedangkan orang Quraisy setiap hari selalu menagih janji kepada Rasulullah saw dan berkata "Mana ceritanya? Besok .. besok .. besok .." Ketika itu Rasulullah saw sangat bersedih. Akhirnya Allah menurunkan wahyu surah Al-Kahfi yang mengandungi jawapan kedua-dua soalan pertama, soalan ketiga berada dalam surah Al-Israa ayat 85.

Allah berfirman pada akhir surat Al-Kahfii:

"Janganlah kamu sekali-kali mengatakan, 'Sesungguhnya saya akan melakukan hal ini esok,' kecuali dengan mengatakan Insya Allah." (Surah al-Kahfi :23-24)


Sebuah kalimat yang sering kita salah ertikan tetapi orang yang paling mulia disisiNya, yang telah diampuni dosanya baik yang telah lalu dan yang akan datang pun ditegur oleh Allah SWT kerana lupa mengucapkan "Insyaa Allah". Ada rahsia besar apa di sebalik kalimat Insya Allah?

Perhatikan petikan ayat diatas, di dalam ayat tersebut Allah memerintahkan manusia ketika semua rencana sudah matang dan pasti janganlah mengatakan "Sesungguhnya aku akan mengerjakan esok" tetapi harus diikuti dengan ucapan Insya Allah.

Sebab ucapan "Sesungguhnya aku akan mengerjakan esok" adalah sebuah 'ucapan kepastian', keyakinan diri jika hal itu benar-benar akan dilakukannya, bukan keraguan-keraguannya.

Benar, Insya Allah adalah penegas ucapan kepastian dan keyakinan. Bukan ragu-ragu. Dari situlah tubuh kita mengeluarkan semacam kekuatan dan kepasrahan total yang tidak kita sedari sebagai syarat utama tercapainya sebuah kejayaan.

Manusia hanya merancang dan berikhtiar, Allah yang menentukan hasilnya. Manusia terlalu lemah untuk mengucapkan 'pasti', kerana Allah sebagai sang pemilik badan ini dapat berkehendak lain.

Ingat baik baik! Jika kamu tidak pasti atau tidak boleh memastikan sebuah rencana, maka jangan pernah mengatakan Insya Allah, cukup katakan saja "Maaf, saya tidak boleh" atau "Maaf, saya tidak dapat menghadiri ..."

Tetapi bila kamu pasti boleh melakukan rencana itu, maka katakanlah "Insya Allah", nescaya kamu akan melihat sebuah ketentuan Allah sesuai dengan apa yang telah dijanjikan oleh-Nya.

Jika kaum perosak sekelas ya'juj dan ma'juj saja boleh berjaya walaupun tanpa sengaja mengucapkan Insya Allah, bagaimana halnya dengan kita. Apatah lagi jika disertai dengan kesedaran dan penuh kepastian mengucapkannya. Yakinlah, janji Allah SWT selalu benar, Dia-lah sebaik-baik penepat janji.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Harmalah dari bibinya berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Kamu mengatakan tidak ada permusuhan, padahal kamu sentiasa memerangi musuh, sehingga datanglah Ya'juj dan Ma'juj; yang lebar jidatnya, sipit matanya, menyala (merah) rambutnya, mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, wajahnya seperti martil. "

"Mereka (Ya'juj & Ma'juj) berusaha untuk keluar dengan pelbagai cara, hingga sampai saat matahari akan terbenam mereka telah dapat membuat sebuah lobang kecil untuk keluar. Lalu pemimpinnya berkata, 'Esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita pasti boleh keluar dari sini. "

"Namun keesokkan harinya lubang kecil itu sudah tertutup kembali seperti sedia kala atas kehendak Allah. Mereka pun bingung tetapi mereka bekerja semula untuk membuat lubang untuk keluar. Demikian kejadian tersebut terjadi berulang-ulang."


"Hingga kelak menjelang Kiamat, di akhir petang setelah membuat lubang kecil pemimpin mereka tanpa sengaja berkata," Insya Allah, esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita boleh keluar dari sini. "

"Maka keesokan paginya lubang kecil itu ternyata masih tetap ada, kemudian terbukalah dinding tersebut sekaligus kegaibannya dari penglihatan masyarakat luar sebelumnya."


"Dan golongan Ya'juj dan Ma'juj yang selama ribuan tahun terkurung telah berkembang pesat jumlahnya akan turun bagaikan air bah memuaskan nafsu makan dan minumnya di segala tempat yang dapat mereka jangkau di bumi."
 

- terjemahan dari smaartnewz.info

from PenPanas
Continue Reading…

[MESTI BACA] : 7 hari menjelang wafat Rasulullah SAW yang HARUS kita ketahui




Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)

Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.

Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.


Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)

Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.


Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)

Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.

Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.


Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)

Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.


Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.

Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.

Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.


Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.

"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.

"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.

Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.

Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.


Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H

Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.

Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;


مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..

Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;


إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "

Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..


Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".


from PenPanas
Continue Reading…

ALLAHUAKBAR !!! Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia. SATU lagi bukti kekuasaan ALLAH !!


Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."



Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.


Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..' (Asy-Syura: 7)

Kata 'Ummul Qura' berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit


Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.' (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka'bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi) sumber cekdeh.com


from PenPanas
Continue Reading…

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas