Wednesday 23 September 2015

Gambar mayat ugut kekasai elak curang



Macam-macam ragam pelik manusia ni. Seorang lelaki bertindak gila menghantar gambar mayat lelaki dikelar yang  ambil menerusi aplikasi WeChat kepada bekas awek dia. Tau tujuan gila dia apa???

Tujuan dia just nak warning bekas awek dia tak bercinta dengan lelaki lain aje. Ni dah satu jenayah dok mengugut orang cenggini. Ni dah bagi ancam kalau perempuan tu bercinta lain, ‘habislah’ lelaki tu jadi mangsa gila dia.

Difahamkan, lelaki tu berusia 20-an didakwa kerap memukul bekas awek dia selain mengugut bunuh perempuan tu yang menetap di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Patut la ditinggalkan, rupanya kaki pukul. Lepas tu dok meroyan pula tak bagi perempuan tu bercinta dengan orang lain. Bila perempuan tu disisi, dipukul tanpa belas kasihan. Apa jenis manusia la!

Menurut sumber, dalam kejadian jam 16 September lalu, lelaki tu mengekori bekas awek dia yang masa tu menaiki kereta bersama seorang lelaki lain. Lelaki tu bertindak menahan kereta tu sebelum mengarahkan bekas awek dia keluar dari kereta.

“Suspek memaksa mangsa membonceng motosikal sebelum dibawa ke Taman Tasik Permaisuri di sini.

“Ketika berada di tempat itu, mangsa yang cemburu menampar dan memukul mangsa beberapa kali menggunakan topi keledar. Malah mangsa ditolak sehingga terjatuh,” kata sumber.

Menurut sumber, lelaki tu hantar bekas awek dia balik ke rumahnya di Flat Sri Penara, sebelum merampas kad sim serta MyKad milik.

Bahaya lelaki cenggini, boleh buat apa aje. Silap hari bulan mati bekas awek dia dikerjakan. Orang macam ni sebenarnya ada masalah jiwa!  sumber


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas