Thursday 24 September 2015

Sayu : Video mayat bergelimpangan Rempuhan Jemaah Haji di Mina Makkah hari ini (3Gambar)

Mina : Angka korban rempuhan jemaah haji di Mina meningkat menjadi 220 orang dan 450 cedera. 
VIDEO KLIK SINI



Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4,000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu. 

Tabung Haji (TH) sedang memeriksa dan mengira bilangan jemaah haji Malaysia bagi mengetahui sama ada mereka terbabit atau tidak dalam kejadian rempuhan di Mina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata seramai 200 petugas TH di Makkah kini sedang sibuk mengesan semua jemaah haji negara di sana. 

"Laporan yang dikeluarkan Arab Saudi itu sahih, namun kita masih belum menerima sebarang maklumat mengenai mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaa "Petugas TH sudah diarahkan untuk memantau dan mengesan semua jemaah Malaysia kerana kita tidak tahu situasi sebenar di sana (Mina)," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad, berkata TH akan mengadakan sidang media di Makkah dalam tempoh terdekat berhubung kejadian itu.-BH


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas