Thursday 24 September 2015

Tony Pua Sedang Makan Tengahari Di Miri. Apa Yang Polis Buat Kat Dia Bakal Buat Ramai TERPANA !!!

Tony Pua Sedang Makan Tengahari Di Miri. Apa Yang Polis Buat Kat Dia Bakal Buat Ramai TERPANA !!! | Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dihantar pulang dari Sarawak hari ini, kira-kira enam jam selepas beliau tiba dan melepasi imigresen di Lapangan Terbang Miri. Pua dibawa tiga pegawai Jabatan Imigresen Sarawak semasa sedang makan tengahari di Lutong, Miri.

1

Salah seorang daripada pegawai imigresen tersebut memberitahu Pua beliau diberi arahan untuk menjemputnya dan mengiringinya ke lapangan terbang, dan akan menghantarnya menggunakan penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur. Pua dan rombongan kecilnya itu mengadakan perbincangan ringkas dalam suasana baik dengan pegawai imigresen yang kemudiannya menjelaskan arahan tersebut dikeluarkan pada akhir Ogos lalu.

Tetapi beliau melepasi pemeriksaan imigresen di lapangan terbang Miri pagi ini berikutan masalah komputer yang tidak mengeluarkan arahan supaya pegawai bertugas menghalang kemasukan beliau di pusat pemeriksaan. Pua tiba di Miri dari Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia pada jam 9.20 pagi.

Beliau dijadual melawat beberapa projek luar bandar di Miri, Lawas, Kuching dan Bintulu yang merupakan sebahagian daripada inisiatif DAP dalam program Impian Sarawak.

Pua ditahan oleh pegawai Imigresen ketika sedang makan tengah hari sebelum beliau bergerak merasmikan “Rumah Impian”, perpustakaan komuniti untuk kanak-kanak di Kampung Pasir, Lutong.

Pegawai terbabit memberitahu Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Alan Ling yang mereka menerima arahan untuk mengiringinya ke lapangan terbang Miri, bagi tujuan proses imigresen sebelum mengambil penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur pada jam 4.20 petang.

Pua dibenarkan menghabiskan makan tengah harinya sambil beliau dan Ling berbual-bual dengan pegawai berkenaan. Mereka juga menunggu sehingga Pua selesai sidang media yang dipanggil secara mengejut.

Seorang pegawai imigresen yang enggan namanya disiarkan berkata, arahan daripada Imigresen Sarawak itu baru dikeluarkan tetapi tidak muncul dalam sistem komputer lapangan terbang itu ketika butirannya disemak.

“Apabila sistem itu dihidupkan semula, kami sedar kesilapan kami, tetapi ia sudah terlambat pada ketika itu,” kata pegawai berkenaan.

Difahamkan yang pegawai imigresen itu berjaya menjejaki Pua dan Ling kerana mereka dimaklumkan mengenai acara di Kampung Pasir itu. Restoran di mana Pua makan tengah hari itu terletak dekat dengan kampung itu.

Mengulas mengenainya, Pua mengkritik arahan itu mengatakan ia mencerminkan hipokrasi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang pada awal bulan ini mengatakan beliau terbuka untuk bekerjasama dengan kumpulan anti-rasuah dan tidak akan menghalang mereka daripada memasuki Sarawak.

Adenan memberitahu hadirin di Persidangan Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACC) pada 5 September yang beliau tidak akan menghalang kumpulan anti-rasuah daripada memasuki Sarawak, seperti yang sering diamalkan pentadbiran pemimpin terdahulu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebaliknya, katanya, hanya mereka yang mengamalkan sikap perkauman dan fanatik seperti pelampau Melayu tidak akan dibenarkan masuk ke Sarawak.

“Persoalan utama yang saya ingin tanyakan Adenan ialah, mengapa beliau mengusir saya sedangkan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman atau rasis? Saya hanya menulis kenyataan mengenai rasuah dan salah urus tadbir.

“Sesuatu yang hipokrasi bagi Adenan untuk mengatakan beliau mahu membawa perubahan tetapi menggunakan taktik yang sama untuk menindas rakyat,” kata Pua, sambil menambah beliau akan mematuhi arahan tersebut.

Pua menyertai ahli politik pembangkang, termasuk rakan sekerja DAP Teresa Kok, dan aktivis seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Dr Wong Chin Huat, yang sebelum ini dihalang daripada memasuki Sarawak, yang mempunyai autonomi ke atas peraturan imigresennya.

Ling berkata kepada pemberita, mungkin lebih ramai ahli politik DAP yang disenaraihitamkan daripada memasuki Sarawak selama 17 bulan di bawah pentadbiran Adenan berbanding selama lebih 33 tahun Taib menjadi ketua menteri.

Pua berpendapat, pengharaman itu bertujuan menghalang beliau daripada memasuki Sarawak dan berkempen untuk pilihan raya negeri yang dijadual diadakan tahun depan.

“Tetapi saya akan terus bekerja dari Semenanjung Malaysia untuk Impian Sarawak,” kata Pua sebelum menaiki sebuah SUV milik Jabatan Imigresen yang akan membawanya ke lapangan terbang. KREDIT MALAYSIA INSIDER.

P.S. 1 – Mawi Berjaya Masuk Ke Negara ISRAEL.. Apa Yang Dialaminya Bakal MENGEJUTKAN Ramai !!!
P.S. 2 – Isu Gaji Bangla RM5k Sebulan… Komen Jutawan Melayu Ini Bakal Buat Ramai Graduan MEROYAN !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – 18 GAMBAR Terkini Aaisyah Dhia Rana Di Kota PARIS Yang Buat Ramai GERAM !!!

The post Tony Pua Sedang Makan Tengahari Di Miri. Apa Yang Polis Buat Kat Dia Bakal Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on BISKUTMANIS.



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas