Tuesday 22 September 2015

Apa Masalah Babi Dengan Cina - Jamal

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menegaskan dia tidak akan meminta maaf secara terbuka dan menafikan dakwaan mengeluarkan kenyataan 'Cina Babi' meskipun didesak oleh MCA Bahagian Sungai Besar, Selangor untuk berbuat demikian.

Jelas Jamal, kenyataannya telah diputar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak bermaksud orang 'Cina babi', yang saya maksudkan bila ditanya wartawan ialah komen saya bahawa apa masalahnya babi dengan Cina?

"Saya menafikan yang saya kata Cina babi dan tidak menjadi masalah haiwan itu dikaitkan dengan orang Cina kerana masalah babi ini hanya dengan orang Melayu kerana orang Islam haram dengan babi. Kenyataan saya diputar belitkan," katanya kepada wartawan.

Jamal juga mengkritik tindakan pihak yang mendesaknya memohon maaf secara terbuka itu perlu bersikap lebih profesional dan meneliti terlebih dahulu dan tidak mempercayai segala apa yang tersebar di laman sosial.

"Macam lembu, lembu tidak ada masalah dengan Melayu. Cuma kalau kita kata Melayu lembu mesti kita marah. Macam itu juga Cina. Bukan Cina babi cuma Cina tak ada masalah dengan babi dan kebanyakan orang Cina makan babi. Itu maksud saya," katanya. -

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas