Thursday 24 September 2015

Subahanallah .. lebih 200 maut dan 450 cedera di pijak dalam rempuhan di Mina Makkah (2Gambar)

Makkah: Selepas tragedi kren runtuh yang lalu hari ini satu lagi tragedi yang besar menimpa para jemaah haji di Makkah. 

Sekurang-kurangnya 220 jemaah haji maut manakal 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerin Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya."

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun twitternya memaklumkan operasi meneylamat sedang dijalankan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat daripada semasa ke semasa.

Mina terletak kira-kira lima kilometer dari Makkah. Al fatihah 

*Maklumat terbaru akan di kemaskini dari masa kesemasa.



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas