Friday 31 July 2015

‘Doa Kepada Tun Dr Mahathir’ Oleh Peguam Ini Membangkitkan Kemarahan Orang Ramai


Sejak semalam, telah menjadi viral dimana satus Facebook daripada seorang peguam ini mendoakan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad (Tun M) menerima balasan setimpal jika beliau pernah melakukan rasuah sepanjang tempoh 22 tahun menjadi pernah menteri dahulu.

Pos tersebut ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai, selain itu peguam ini dengan beraninya turut mengeluarkan beberapa kenyataan menentang Tun M kerana menyerang pemimpin lain.




Bagaimanapun, peguam yang bernama Ahmad Shuaib Ismail ini seolah-olah tidak gentar dengan tindakan yang dilakukan olehnya malah lebih menggalakkan untuk disebarkan lagi.

#Sebarkan hujahan lengkap saya – kita Tahu manusia Tiada maksum selepas kewafatan Nabi saw tetapi Cara Dr mahathir serang pemimpin lain seolah dia maksum Suruh orang lain letak jawatan konon Sebab seleweng so kita doa Nak tengok Dr mahathir pernah seleweng wang rakyat atau tak
Jika takpernah seleweng so Takda Apa perlu takut

Sebab kita Tahu pemimpin umno ka pas ka pkr ka yang beragama Islam Takda yang maksum tapi Cara Dr mahathir buka Isu Pasal Dana pru la Pasal penyewelengan la seolah dia sepanjang 22 tahun dia maksum Sebab itu Kerana ini doa kepada Dr mahathir dikeluarkan untuk kita mohon Allah buktikkan Dr mahathir samada pernah seleweng wang rakyat atau tidak selama 22 tahun jadi PM

Kenapa tidak doa kepada pemimpin lain seperti pemimpin umno pas pkr Kerana kita Tahu Mereka tidak maksum
Sekian – Ahmad Shuaib Ismail 1/8/15







from PenPanas
Continue Reading…

KPDNKK Serbu Plaza Low Yat & Rampas 11,174 Aksesori Tiruan



KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berjaya merampas 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan yang bernilai RM150,990 dalam serbuan mengejut pada jam 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis diperiksa dengan kerjasama dari anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas menerima banyak aduan dari orang ramai.

Jabatan Imigresen juga turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah dan salah guna pas lawatan.

Difahamkan, sebelum melakukan serbuan itu, KPDNKK telah menjalankan risikan setelah menerima banyak aduan.

"Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabitkan kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barangan bagi syarikat yang terbabit," katanya.

Operasi serbuan itu disertai sebanyak 110 anggota KPDNKK termasuk wakil dari pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Jelas Datuk Seri Alias, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain dari mendidik penjual agar mematuhi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai aduan dan maklumat diminta menghubungi talian 1300 88 6800 atau melalui laman web http://ift.tt/1vp0Nq9 atau datang sendiri ke pejabat KPDNKK

from PenPanas
Continue Reading…

Pelajar Ini Kongsi Pengalaman Menakjubkan Tentang Padangan Rakan-Rakannya Antarabangsanya Terhadap Malaysia

Belajar di sebuah universiti di luar negara sudah pasti menjadi impian kita kerana dikatakan pelajar yang belajar diluar negara apabila pulang ke Malaysia lebih senang memperoleh pekerjaan dan gaji yang ditawarkan agak tinggi.

Tetapi itu bukanlah semata-mata keinginan apabila belajar di luar negara, ada mereka pergi ke sana semata-mata mahu merasai suasana belajar dengan pelajar-pelajar dari serata dunia dengan memperolehi pengalaman yang begitu beharga.

Seorang pelajar dari Malaysia, Thaqib Shaker, yang juga merupakan seorang penulis yang kini sedang belajar di sebuah universiti di Turki menceritakan kisahnya bersama rakan-rakan yang berasal dari pelbagai pelosok dunia.

Dia telah memuatnaik sebuah artikel yang ditulisnya di laman Facebook menceritakan tentang pengalamannya di dalam kelas di mana mereka berdebat mengenai negara Islam dan pandangan rakan-rakannya mengenai Malaysia.

Berikut adalah apa yang ditulisnya, walaupun penulisannya agak panjang tetapi agak berbaloi untuk dibaca.

MALAYSIA DI MATA DUNIA.

Kesemua Kisah-kisah dan kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam artikel ini adalah berdasarkan daripada perbincangan, komen dan perdebatan sepanjang pembelajaran saya di Turki selama 3 tahun (sehingga kini), juga saya antara seorang yang selalu bersolidariti dan menyertai segala aktiviti-aktiviti yang bersifat lebih kepada International bersama rakan-rakan dari pelbagai negara".

Warga asing khususnya dari kalangan negar-negara Islam sering melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang paling maju, moden dan membangun. Rakyat Malaysia dilihat sebagai bangsa yang pintar, kreatif juga berdaya saing bahkan ditambah dengan keberadaan Pemerintah negara yang sangat berkualiti (khususnya era Mahathir) menjadikan Malaysia pada satu tahap berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Di sini, saya ingin berkongsikan kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai salah seorang pelajar Malaysia di Turki.

Setiap kali saya memperkenalkan diri dari Malaysia, pasti akan ada yang kagum khususnya dari kalangan negara-negara Arab, Afrika dan Balkan. Masih saya ingat lagi, ketika salah seorang rakan dari negara Chad (di Afrika) menghampiri saya dan mengatakan "Oh kamu dari Malaysia, negara Islam yang satu-satunya mampu mengeluarkan produk-produk keluaran sendiri. Kereta jenama Protonlah, Perodualah, Astronot Malaysia pun dah sampai solat di angkasa, bukan itu sahaja bahkan turut mempunyai senjata keluaran tersendiri! Sekalipun saya dari negara Chad, saya merasa sangat bangga dengan kejayaan Malaysia kerana untuk pengetahuan kamu setiap kejayaan negara kamu itu sebenarnya mewakili kejayaan umat Islam".

Di Turki, saya menyambung pelajaran di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa, dan guru-guru yang mengajar di sini semuanya hebat-hebat belaka. Mereka terdiri daripada guru-guru yang datang daripada negara -negara Eropah dan mempunyai latar belakang yang sangat hebat.

Saya masih ingat peristiwa debat yang berlaku di dalam kelas "Sejarah Peradaban Dunia". Gurunya seorang wanita dari Itali dan konsep pembelajaran di sini adalah lebih kepada perbincangan dan perdebatan, gurunya lebih suka melihat pelajar-pelajar aktif bersuara kemukakan pendapat dan sekiranya perbincangan itu sehingga membawa kepada perdebatan, gurunya akan membiarkan pelajar-pelajar terus berdebat kerana inilah proses pembelajaran yang baik baginya.

Guru dari Itali ini pernah membangkitkan satu persoalan. "Negara Islam yang manakah paling maju dan demokratik?". Rakan-rakan di dalam kelas hanya mendiamkan diri seribu bahasa, mungkin bagi mereka soalan ini begitu berat untuk dijawab. "Sudah tentu Malaysia dan Turki! Tetapi di antara keduanya, yang mana paling hebat?" Dia yang bertanya, dialah yang menjawab dan kini dia bertanya lagi, akhirnya barulah pelajar-pelajar mula bersuara.

Majoriti pelajar dalam kelas adalah dari Turki, juga tidak kurang ramainya pelajar asing. Apa yang mengejutkan hampir kesemua mereka mengatakan Malaysia jauh lebih maju dan demokratik dari Turki kerana beberapa faktor tertentu. Mereka yang tidak bersetuju membantah dengan berhujahkan hujah seperti Malaysia mendiskriminasikan kaum minoriti khususnya dari kaum Cina dan India, buktinya 'sosial kontrak' yang jelas memberikan kelebihan yang luar biasa pada kaum Melayu.

Saya merupakan satu-satunya pelajar Malaysia di dalam kelas bahkan 'di Universiti' tersebut, apa yang menarik, saya langsung tidak mempunyai peluang untuk bersuara apatah lagi membidas persoalan yang dibangkitkan sebaliknya rakan-rakan daripada Negara Eropah, Afrika dan Turki sendiri yang bangkit menjawab, dan jawapan yang diberikan sangatlah mengkagumkan seolah-olah mereka lebih tahu Malaysia dari saya sendiri.

"Mungkin dari satu sudut anda benar mengatakan Malaysia mendiskriminasikan kaum Cina dan India, tetapi bagaimana pula dengan Turki? Tidakkah kita sendiri mendiskriminasikan kaum Kurdish? Hak-hak kaum Kurdish tidak pernah direalisasikan sehingga tertubuhnya kumpulan Pengganas 'PKK' untuk membela hak-hak mereka yang dinafikan bahkan sekarang lebih parah apabila mereka telah lari dari tujuan dan matlamat asal dengan ingin mewujudkan sendiri Negara Kurdish yang merdeka!. Adakah hal ini berlaku di Malaysia?. Kumpulan pengganas apakah yang wujud di Malaysia untuk menunutut hak-hak kaum minoriti?...
...Dari satu sisi pula, ternyata anda silap, bagi saya Malaysia tidak mendiskriminasikan kaum Cina dan India kerana mereka bukan warga pribumi, mereka dibawa masuk oleh kolonial Inggeris ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu, sudah tentu mereka sebagai warga pribumi tidak mahukan perkongsian hak yang sama rata kerana tanah itu tanah mereka, mereka adalah tuan tanah, maka terbentuklah sosial kontrak selepas pemerintah Malaysia bersetuju menerima mereka (kaum Cina dan India) untuk duduk dan tinggal sebagai rakyat Malaysia tetapi dengan menghormati dan menerima hak-hak kaum pribumi yang sememangnya lebih tinggi dan kuat. Mungkin mereka (kaum Cina dan India) bertuah kerana Malaysia menerima mereka...

...Bagaimana pula situasi di Turki? Adakah kaum Kurdish itu kaum pendatang? Tidak, mereka bukan kaum pendatang! Mereka adalah bangsa pribumi yang telah lama menetap di sebahagian wilayah yang kini terletak di dalam Turki, tetapi mengapa mereka di sini di layan sebagai warga second class? Kenapa hak-hak mereka dipertikaikan? Jangan lupa, kaum Kurdish juga yang membantu kejayaan Turki menghalau kaum Greek keluar dari sini". Penjelasan ini dibuat oleh rakan saya yang berasal dari Negara Georgia, orangnya sangat berminat dengan debat dan di setiap kelas dialah orang yang paling banyak bersuara dan dia pernah mengatakan pada saya bahawa dia memandang Malaysia sebagai negara Islam yang terbaik dari aspek-aspek tertentu.

Perdebatan kian hangat apabila salah seorangnya pula mendakwa Malaysia bukan Negara Islam yang moden kerana wujudnya hukum Syariah dan ini menandakan Malaysia adalah negara konservatif dan Islamis sebaliknya Turki mengguna pakai sistem Sekular.

Rakan yang menjawab persoalan ini adalah warga Turki sendiri, jawapannya benar-benar membuatkan rakan-rakan lain ketawa kerana ada logiknya juga, katanya "Saudara, cuba ulang balik persoalan guru, kita bercakap tentang"Negara Islam" bukan? Negara Islam sudah tentu perlu adanya hukum Syariah walaupun sekumit kerana itulah menamakannya Islamik. Kalau tidak ada hukum Syariah walau sedikit seperti di Turki, adakah ini dinamakan 'Negara Islam?' Sudah tentu tidak! Maka Turki adalah Negara Sekular seperti negara Eropah yang lain dan secara automatiknya, Turki terkeluar daripada senarai Negara Islam. Sebelum bidas, fikir dahulu".

Saya terus mengangkat tangan untuk menambah hujah, saya mengatakan bahawa kita perlu bersikap adil membuat pengkajian yang teliti terlebih dahulu, mereka mendakwa Malaysia mengamalkan hukum Syariah, tetapi hukum yang bagaimana? Adakah hukum Hudud? Tidak sama sekali kerana di Malaysia hukum Syariah yang lebih spesifik seperti Hudud tidak pernah dilaksanakan kerana Pemerintah negara tidak menghalalkannya dan masih tidak bersedia dengan perlaksanaanya sebaliknya Syariah yang wujud di Malaysia hanyalah sekitar masalah kekeluargaan Islam seperti perceraian, hak penjagaan anak, perceraian dan sebagainya.

Kali ini, guru dari Itali itu mengemukakan satu persoalan yang boleh dikatakan setepet. "Di Malaysia, tiada hak kebebasan untuk bersuara, sesiapa yang mengkritik Kerajaan akan ditangkap, rakyat tidak ada hak untuk bersuara menyatakan pandangan mereka, lihat sahaja isu-isu di Malaysia, kebanyakan yang ditangkap adalah disebabkan mereka mengkritik Kerajaan dan menyentuh soal agama".

Saya memang agak terkesima di situ, tetapi sebelum saya sempat menjawabnya, rakan dari Somalia membangkitkan satu persoalan yang menyetepetkan guru dari Itali itu semula. "Persoalan tentang kebebasan bersuara adalah satu persoalan yang tiada jawapan muktamad. Bahkan tidak ada langsung negara di dunia ini memberi hak kebebasan bersuara secara total kepada rakyatnya termasuklah negara anda, Itali...

...Buktinya? Mudah sahaja, di Eropah, rakyatnya diharamkan untuk mengkritik kaum Yahudi, sekiranya ada yang membuatkan kenyataan yang tidak menyenangkan atau mengkritik kaum Yahudi, mereka pasti akan dicop sebagai 'anti semetik', perkauman dan di sesetengah negara itu, mereka akan ditahan. Maka. di mana hak bersuaranya? Itu belum lagi sekiranya kita menyentuh persoalan tentang kebebasan dalam pemakaian dan sebagainya. Orang Muslim di Eropah contohnya di Perancis diharamkan menutup aurat, memakai purdah dan sebagainya, tetapi gadis-gadis yang ingin bertelanjang bulat dibenarkan. Di mana hak dan kebebasan yang di war-warkan itu?...

...Kebebasan bersuara wujud di setiap Negara cuma ianya terbatas dan kita wajib pelajari cara untuk menghormatinya, kerana keterbatasan itu wujud untuk menjaga kententeraman awam". Kata-kata rakan Somalia ini mendapat tepukan gemuruh oleh rakan sekelas hatta daripada rakan negara Eropah juga tanya bersetuju. Salah seorang rakan Turki pula menyeloroh "sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia tidak mengharamkan Facebook dan Twitter seperti di Turki, jadi rakan-rakanku jangan bermimpi mendakwa negara (Turki) kita mengamalkan hak kebebasan bersuara!".

Kelas ini berlangsung selama 3 jam, jadi kami masih mempunyai baki 1 jam, dan guru terus membiarkan pelajar-pelajar berdebat memandangkan 2 minggu lagi akan berlangsungnya peperiksaan semester, jadi kesemua topik-topik telah dipelajari dan gurunya memberi markah lebih bagi mereka-mereka yang bersuara mengemukakan pendapat.

"Saya rasa, Pakistan juga boleh dikatakan Negara Islam yang bagus kerana mempunyai ketenteraan yang sangat kuat bahkan boleh dikatakan sekuat Turki. Negara Islam perlu kuat daripada segi ketenteraannya juga demi kestabilan negara". Dakwa rakan dari Pakistan. Kali ini saya ingin lebih banyak bersuara sekalipun saya akui saya masih banyak kekurangan pengetahuan dan jawapan saya lebih kepada jawapan yang menimbulkan persoalan dan logik.

"Saya tidak bersetuju, kerana negara Islam itu perlu neutral dari semua segi, bukan sahaja dari ketenteraan, juga ekonominya, institusi pelajarannya dan juga teknologi. Apa gunanya mempunyai ketenteraan yang kuat tetapi rakyat masih hidup dalam kemiskinan dan tidak berilmu. Meletakkan syarat Negara Islam itu perlu mempunyai ketenteraan yang kuat boleh diterima sekiranya negara itu mempunyai ekonomi yang kuat dan rakyatnya tidak hidup di dalam kemiskinan. Tapi saya akui bahawa setiap negara itu berbeza seperti Pakistan dan Turki mempunyai banyak musuh yang sentiasa mengancam kestabilan negara mereka seperti India, Armenia, Greece, Iran, Irak dan Syria bahkan ditambah pula dengan masalah dalamannya sendiri seperti kewujudan kumpulan pengganas PKK dan Taliban. Maka kekuatan ketenteraan itu perlu ada".

"Alaaah Thaqib, Negara (Turki) kami kuat kencing tapi tak berani buat apa-apa. Masih saya ingat lagi, ketika kapal bantuan Mavi Marmara kami diserang tentera Zionist Israel sehingga menyebabkan 9 orang terbunuh, apa yang Mr Erdogan (ketika itu Perdana Menteri Turki) lakukan? Dia mengancam untuk menyerang Israel! Ya memang, tapi itu dongeng belaka, ancaman kosong tanpa apa-apa tindakan. Ini juga berlaku sekali lagi ketika Israel menyerang Palestin tahun lepas, Pemimpin kami turut mengancam menyerang Israel, tapi jangan katakan askar, peluru pun tidak ada yang menghinggap ke badan tentera Israel. Ini semua dongeng belaka. Negara kami hanya hebat bersuara tetapi takut melaksanakannya". Kata-katanya membuatkan rakan-rakan saya dari kalangan penyokong parti AKP (parti kerajaan Turki) di dalam kelas itu agak sedikit berang memandangkan yang bersuara itu adalah dari kalangan penyokong tegar CHP (parti sekular Turki).

"Itu semua taktik untuk membuatkan Israel takut, kami perlu memikirkan kesan-kesan yang mendatang sekiranya Turki benar-benar ingin mengisytiharkan perang terhadap Israel!". Bidas mereka.

Kini rakan Syria saya yang dari mulanya hanya melihat perdebatan itu berlangsung kini mula bersuara.

"Saya sebenarnya berasal dari Palestin, berimigrasi ke Syria kini ke Turki. Sejujurnya kami rakyat Palestin sudah letih dan bosan mendengar ancaman-ancaman yang tidak pernah berlaku daripada negara -negara Islam yang lain. Semuanya omong kosong belaka kerana tidak ada Negara Islam yang benar-benar berani menyerang Israel kerana kesannya sangat besar, Negara-negara Eropah, Amerika Syarikat pasti akan turut memberi bantuan kepada anak emas mereka, Israel. Kami hanya memerlukan doa dan sedikit bantuan seperti barang-barang keperluan". Sehabisnya dia mengemukakan pendapat, guru Itali itu terus menamatkan kelas kerana dia sedar bahawa perdebatan yang berlangsung sebenarnya sudah hampir kepada pertelingkahan.

Kata-kata rakan Syria ini mengingatkan saya dengan rakan Palestin yang pernah saya tingga serumah dahulu. Namanya Mahmud, ketika saya mula-mula masuk ke rumah, dia kelihatan terkejut kerana katanya dia tidak pernah terbayang ada rakan dari Malaysia kerana dia selalu hanya dapat melihat orang Malaysia di Palestin dalam program misi kemaunisaan tetapi tidak pernah pula bercakap dan sekarang, bukan sahaja boleh berkawan, duduk sebilik pula. Dia terus menceritakan sebab-sebab dia menyukai Malaysia.

"Malaysia Negara yang sangat cool dan tidak angkuh, Malaysia membantu setakat yang mampu. Ketika Palestin diserang, saya pasti akan tertunggu-tunggu kenyataan daripada Pemerintah Malaysia bukan dari pemerintah negara lain, kerana apa? Kerana Malaysia apabila membuat kenyataan pasti yang pertama mereka akan menyatakan bantahan terhadap serangan Israel yang tidak berprikemanusiaan dan keduanya menyatakan sokongan kepada Palestin dan akan cuba membantu setakat yang mampu. Tidak walau sekali pun saya mendengar mana-mana kenyataan pemerintah Malaysia yang mengancam untuk menyerang Israel dan inilah yang saya hormati, sekiranya anda tidak mampu menyerang maka diamkan diri jangan membuatkan kami di Palestin menjadi begitu berharap. Kami bukan angkuh untuk tidak mengharapkan bantuan ketenteraan dari negara Islam yang lain khususnya Arab tetapi kami sebenarnya sudah muak dengan kenyataan yang dusta seperti ini".

"Negara-negara Islam yang lain perlu ambil contoh Malaysia". Kenyataan ini datang dari rakan bukan Islam saya dan dia merupakan seorang warganegara Croatia. Mengapa dia mengatakan sedemikian? Kerana menurut pandangannya, Malaysia benar-benar mencerminkan Negara Islam yang moden dan wajar mendapat penghormatan barat. "Kami akui memang banyak barangan keluaran Malaysia itu tidaklah sekualiti barangan daripada negara maju yang lain, tetapi faktor lain yang saya lihat ialah kerja keras yang bangsa Malaysia lakukan untuk menghasilkan produk-produk tersebut...

...Saya bukan Muslim, tapi saya rasa kalau Nabi kamu (saw) masih wujud ketika ini, pasti dia berbangga dengan Malaysia. Lihatlah negara-negara Arab, mereka tidak mampu mengeluarkan apa-apa pengeluaran sebaliknya mengharapkan barat dan Amerika membantu, mereka lemah dan kerana itulah mudah negara-negara maju menghancurkan mereka...

...Dari satu sisi, UAE jauh lebih moden dari Malaysia, lihatlah kepesatan negara mereka. Cuma persoalan di sini, adakah kemajuan dan kemodenan yang tercapai itu datangnya dari tangan-tangan mereka (Arab Muslim) itu sendiri atau datangnya daripada kami (Orang putih)?. Sekiranya anda punyai minyak yang fantasi pasti akan menjadi realiti, begitu mudah bukan?. Mereka ada wang yang banyak jadi mereka hanya memerlukan orang lain mengendalikan mereka, kerana itulah mereka tidak berdaya saing dan mudah di ratah sehingga lumat, mungkin situasi di Malaysia berbeza kerana negaranya mampu menghasillkan keluaran sendiri walaupun ianya sukar dan kini mendapat penghormatan dunia...

...Saya tidak begitu berminat dengan Malaysia kerana saya mempunyai perkara-perkara yang tidak bersetuju contohnya dalam hal-hal seperti pendiskriminasian terhadap kaum LGBT, double standard terhadap kaum bukan pribumi, penekanan terhadap kaum bukan Muslim dan juga keterbatasan hak bersuara di Malaysia tapi saya perlu akui, Malaysia jauh lebih baik sekiranya dibandingkan dari negara-negara Islam yang lain".

Kalau di Malaysia, rakyat di sini rata-ratanya mengangkat Turki dan Pemimpinnya sebagai Hero Islam. Apa sahaja yang dibuat mereka (Turki) dipandang sebagai benar dan wajar dicontohi, berbeza pula dengan masyarakat Islam di negara luar, mereka mengangkat Malaysia sebagai Hero Islam, Seperti di kota yang saya mendiami ini, kebanyakan mereka yang religious melihat Malaysia sebagai tempat paling sesuai untuk didiami untuk mengamalkan ajaran Islam. Bagi golongan sekularis pula mereka sangat menggemari dengan konsep friendly policy Malaysia dengan negara asing, Setiap perkara yang berbangkit pasti akan diselesaikan secara diplomasi (sesetengah rakyat Malaysia melihat ini sebagai tindakan yang takut dan lemah).

Sebaliknya, mereka di sini melihat Erdogan (Presiden Turki) sebagai Mafia yang suka mencari musuh kerana setiap masalah yang berlaku dengan negara jiran, beliau pasti akan membuat kenyataan yang mengancam dan tidak menyenangkan, lihat sahaja hubungan Turki dengan negara-negara jirannya seperti Irak, Iran, Syria, Armenia, Bulgaria, Greece dan lain-lain, semuanya bermasalah dan semuanya Ego dalam menyelesaikan masalah. Terkadangnya mungkin Erdogan terlupa yang beliau bukanlah Khalifah seperti Sultan Muhammad al Fatih dan kerajaan Turki bukanlah kerajaan Empayar Uthmaniyah yang agung. Dia (Erdogan) dan sebahagian rakyat Turki perlu kembali kepada realiti kerana Turki yang wujud sekarang adalah Turki yang sangat berbeza.

Bagi rakan-rakan Eropah pula, mereka melihat Malaysia sangat membangun. Kerajaan Malaysia (era Mahathir khususnya) sangat bijak dalam mengambil peluang membangunkan negara dengan mengambil contoh negara maju yang lain dan berani bersuara (mengkritik barat dan amerika) sekiranya pada pandangan mereka tidak benar. Sikap Malaysia dalam berdiplomasi perlu dijadikan contoh dan sikap disiplin rakyat Malaysia perlu diterapkan untuk umat Islam yang lain khususnya ketika melancong ke negara Eropah.

Anda perlu tahu bahawa Malaysia mudah masuk ke Eropah tanpa memerlukan visa bahkan pasport Malaysia terletak di ranking ke 8 dunia, terbaik dari kalangan negara Islam. Mengapa begitu mudah negara-negara Eropah membenarnkan rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim ini masuk ke wilayah mereka? Kerana Malaysia mempunyai reputasi yang sangat baik, oleh itu apa sahaja perjanjian yang berkaitan dengan visa kemasukan ke Eropah pasti akan diluluskan dengan mudah berbanding permohonan dari negara Islam yang lain.

Bersambung...

*Gambar di bawah(ATAS) ialah gambar suasana di sebuah kelas di Universiti saya"...

Beliau sebelum itu turut memuatnaik sekeping gambar di mana menunjukkan buku-buku yang bertajuk "Tajuknya rahsia kejayaan Malaysia" yang memaparkan gambar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 


from PenPanas
Continue Reading…

Iklan Raya Petronas Papar Perselisihan Adik-Beradik #SampaiHati

AIR dicincang tidak akan putus.

Bergaduh, berselisih faham atau tidak sefahaman merupakan antara faktor-faktor yang sering kali membawa kepada perbelahan dalam sesebuah keluarga itu.

Lari daripada kebiasaan, Petronas baharu sahaja menayangkan iklan hari raya pada tahun ini bermula semalam.

Iklan ini juga boleh dikaitkan sebagai meraikan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun.

Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy dan bintang muda, Hafidz Roshdi dipilih membintangi iklan tahun ini yang cukup meninggalkan mesej-mesej tersirat untuk kita dalami sendiri.

Iklan raya Petronas sebelum ini sering kali ditunggu-tunggu penonton memandangkan iklannya yang cukup sinonim dengan cara penceritaan dan pengarahan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad yang sentiasa dekat di hati penonton.




from PenPanas
Continue Reading…

Gadis Comel Ini Mohon Individu Tak Dikenali Henti Guna Gambarnya


SEORANG gadis memohon agar individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak dikenalinya berhenti daripada menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan gambarnya di laman sosial.
Menerusi statusnya di laman facebook, dia telah memuat naik dua buah gambar yang menunjukkan gambar asal yang digunakan serta gambarnya yang telah disunting.
Gambar asal gadis sebelum disunting.
Gambar asal gadis sebelum disunting.
Gambar gadis selepas disunting lelaki yang tidak dikenalinya.
Gambar gadis selepas disunting lelaki yang tidak dikenalinya.
Tidak ketahui apa tujuan sebenar lelaki tersebut bertindak sedemikian namun apa yang pasti perkara itu telah menjatuhkan maruah serta memalukan dirinya sebagai seorang wanita bertudung.
Dia mendakwa bahawa lelaki yang menggunakan gambarnya itu lansung tidak dikenalinya dan memohon agar memadamnya semula supaya tidak menimbulkan fitnah.
wm2
Assalamualaikum. Saya nak minta tolong if siapa-siapa yang tengok this picture dekat mana-mana laman sosial please don’t judge me wrongly. Gambar ni memang totally edit by this stupid man.
Awak yang buat gambar saya ni saya minta tolong PADAM! Tolong jangan nak main-mainkan gambar orang lain.
Saya tak kenal awak langsung tambah la nak bergambar dengan awak please behave yourself. Awak dah memalukan saya dan jatuhkan maruah saya. Tolong hormat privasi saya dan maruah saya.
Jangan nak cari publisiti murahan dengan gunakan gambar orang lain. Don’t make me do a report. Thank you.
Gadis tersebut juga memberi amaran supaya menghormati privasinya sebelum laporan polis dibuat. Lumrah zaman sekarang, sesiapa sahaja boleh menyalahgunakan gambar orang yang tak dikenalinya untuk tujuan tertentu.
Khusus bagi gadis melayu yang bertudung, dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan di laman sosial serta kurangkan memuat naik gambar yang boleh mendatangkan fitnah.

from PenPanas
Continue Reading…

Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

TAIPEI – Aik….panda pun pandai menipu. Jangan terkejut apabila seekor panda di zoo Taiwan berjaya memperdayakan orang ramai dengan menipu konon mengandung untuk membolehkannya menerima layanan istimewa daripada pihak zoo.

Panda itu yang dikenali sebagai Yuan Yuan, pernah mendapat keistimewaan ditempatkan dalam bilik berhawa dingin, penjagaan sepenuh masa dan mendapat makanan buah-buahan segar serta buluh ketika mengandung pada 2013.

Susulan itu Yuan Yuan berkelakuan seolah-olah dia mengandung kali kedua bagi mendapatkan layanan sama.

Tanda fizikal yang disangka oleh pengurusan zoo bahawa Yuan Yuan mengandung adalah peningkatan selera makan, rahim menjadi tebal dan peningkatan kepekatan progestoran pada najisnya.

Keadaan itu sama seperti panda itu mengandung sebelum ini.

Namun selepas pakar dari China diterbangkan ke Taiwan, barulah mereka mengetahui bahawa Yuan Yuan tidak mengandung, berdasarkan kepada ujian ultrasound.

Menurut pakar, Yuan Yuan memahami perbezaan layanan yang diterimanya apabila mengandung dan ketika tidak mengandung.

Yuan Yuan dihadiahkan oleh kerajaan China kepada Taiwan pada 2008. Panda itu didatangkan berpasangan dengan Tuan Tuan.

from PenPanas
Continue Reading…

Saman Syarikat Penerbangan, Duduk Sebelah Penumpang Gemuk

BRISBANE – Seorang lelaki Australia mengemukakan tuntutan saman terhadap syarikat penerbangan Etihad Airways kerana mendakwa mengalami sakit belakang selepas dipaksa duduk di sebelah penumpang yang gemuk dan kerap batuk.

James Andres Bassos mendakwa terpaksa berdepan keadaan tersebut ketika dalam penerbangan dari Sydney ke Dubai pada 2011 lalu.

Menurut Bassos, dia terpaksa mengecilkan badan ketika duduk di sebelah penumpang gemuk itu dan apabila penumpang tersebut batuk, air liurnya terpercik dari mulut.

Selepas lima jam, baharulah kru penerbangan membenarkan dia menukar tempat duduk dan ditempatkan bersama kru terbabit.

Namun atas dasar keselamatan, dia terpaksa dipindahkan semula ke tempat duduknya.

Bassos berkata, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan baki 9 jam perjalanan dengan duduk di sebelah lelaki gemuk itu.

Keadaan itu dakwa Bassos menyebabkan kecederaan pada belakangnya.

Etihad bagaimanapun menyanggah dakwaan berkenaan dengan hujah ia bukan sesuatu yang luar biasa apabila mempunyai penumpang dengan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun Hakim Fleur Kingham enggan membatalkan tuntutan saman tersebut kerana beliau tidak yakin bahawa Bassos tidak mempunyai peluang untuk menang.

Beliau juga mengarahkan Bassos membuat pemeriksaan kesihatan pada Disember.

from PenPanas
Continue Reading…

Lelaki Chile Terselamat Jatuh Apartmen 17 Tingkat

SEORANG lelaki dari Chile bernasib baik apabila terselamat daripada maut biarpun jatuh dari unit balkoni tingkat 17 sebuah apartmen, baru-baru ini.

Sebastian Reyes sebaliknya hanya mengalami kecederaan di kaki namun tulang pelviknya retak akibat insiden itu.

Lelaki itu menyifatkan keajaiban tersebut ada kaitan dengan tatu di bahagian lengannya yang bertulis, “Tuhan tidak pernah mengabaikan diriku’.

Mengimbas kembali bagaimana kejadian itu berlaku, Sebastian berkata sebalik menonton perlawanan bola sepak dia terus keluar menuju ke pub untuk minum bersama rakan-rakannya.

Dalam keadaan mabuk, dia terjatuh daripada balkoni rumah dan jatuh di atas bumbung tempat meletak kenderaan di apartmen berkenaan.reyes1

from PenPanas
Continue Reading…

Zara Zya Akui Lebih Sesuai Watak Gadis Kampung

Percubaan pelakon Zara Zya membawakan watak berbeza seperti tidak menjadi apabila dia mengakui sendiri bahawa penonton lebih gemar menonton lakonannya ketika mebawa watak perempuan kampung.

“Saya ada bawa watak perempuan jahat dan baru-baru ini watak perempuan skema dalam drama bersiri Dalina, namun drama-drama tersebut tidak mendapat sambutan dan orang tidak tahu. Lagipun saya ini bukan seorang yang memilih”

“Apa sahaja tawaran yang datang dan jika bersesuaian dengan masa, saya akan terima tanpa melihat watak atau skrip yang ditawarkan,” katanya kepada Sinar Harian sambil menyatakan bahawa dia mengkaji dahulu skrip sebelum membawakan watak.

“Walaupun watak perempuan kampung, namun saya sentiasa pastikan lakonan saya berbeza dalam setiap watak. Ramai peminat merungut dan meminta saya bawa watak berlainan seperti mahu saya jadi perempuan jahat atau GRO”

“Mereka kata kebanyakan watak saya sama sahaja iaitu perempuan kampung yang teraniaya dan tiada perubahan sejak Love You Mr Arrogant

from PenPanas
Continue Reading…

Abby Abadi Umum Kahwin Kali Ketiga

Abby Abadi Umum Bakal Kahwin Kali Ketiga - ROTIKAYA_inTahniah kepada Abby Abadi kerana bakal diijabkabulkan pada 14 Ogos tahun ini, bersama lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Jai Ezzany. Perkara tersebut diumumkan Abby sendiri melalui akaun Instagram miliknya.

“Panjang nak cerita. Apapun, kami ambil keputusan untuk mempercepatkan ‘kerja baik’ ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan Allah dan tidak terlibat dgn perkara-perkara yang tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni”

“Syukur Allah permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih Allah atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi ‘perkahwinan’ yang terakhir buat kami,” jelasnya melalui muatnaik di akaun Instagram miliknya. Tambah Abby, dia mengenali lelaki tersebut dari tahun 2013 lagi.

Sebelum ini Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan bersama aktor Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar. Semoga segala urusan Abby dipermudahka serta doa Abby untuk menjadikan perkahwinan yang terakhir

from PenPanas
Continue Reading…

Ibu Saya Sedang Hamil Maut Ditembak Komunis - Othman

KUALA LUMPUR: Hari Pahlawan kali ini membawa seorang ahli perniagaan terkenangkan kejadian ngeri dan sedih apabila  ibunya yang sedang hamil ditembak mati oleh komunis dalam insiden di kuaters polis Kuala Krau, Pahang, 67 tahun lalu.

Ahli Perniagaan itu, Othman Mohd Yusoff merupakan sebahagian daripada tetamu pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka yang memaparkan semula kisah di kuaters tersebut.

Ketika ditemuramah oleh The Star, Othman, 71, memberitahu, pertempuran antara polis dan komunis itu berlaku pada 9.30 malam, 26 Jun, 1948.

Ketika itu, keluarganya merupakan sebahagian daripada penghuni kuaters berkenaan dan ibunya yang berusia 23 tahun, Mahami Kumel menjadi pejuang yang sedang bertempur dengan 30 hingga 40 komunis.

"Ibu saya yang juga suri rumah telah dilatih menggunakan senjata. Dia terpaksa menggunakan senjata pada malam itu untuk melindungi saya dan abang ketika bapa kami sedang bertempur dengan komunis.

"Dia masih memakai telekung solat ketika mula bertempur dengan komunis," ceritanya.

Ketika itu, Othman yang berusia empat tahun dan abangnya telah dilipat di dalam tilam supaya tidak ditemui komunis.

"Ibu saya terus bertempur dengan komunis melalui tingkap sehingga pukul 4 pagi.

"Ketika ibu meninggalkan kami untuk membantu ayah bertempur di luar, ketika itulah dia ditembak mati," katanya.

Othman berkata, kejadian itu telah membuatkannya lebih kuat dan berfikir untuk tidak cepat mengalah.

"Insiden ini mengajar kita untuk tidak cepat mengalah walaupun menempuh dugaan sekuat mana sekalipun," tambahnya yang mempunyai lima anak dan 16 cucu.

Turut hadir pada sambutan Hari Pahlawan ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.



from PenPanas
Continue Reading…

Netizen Bengang Dengan Gambar Berpelukan Mawar Rashid Dan Kekasih Atas Sofa

Lepas satu-satu kontroversi membabitkan finalis Dewi Remaja 2015 ini.

Bermula dengan kisahnya yang tidak tahu apa itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kemudian teguran kerana berpakaian terlalu seksi sehingga kepada memuatnaik video dubmash ketika malam 1 Ramadhan.

Kini Mawar Rashid sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan gamabr berpelukan dengan teman lelakinya.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram @miss_kepoh yang terkenal dengan gosip artis dan semasa itu menyebabkan Mawar dikritik oleh netizen.



from PenPanas
Continue Reading…

MH370: Serpihan Disahkan Dari Boeing 777

PETALING JAYA: Serpihan yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa 'flaperon' yang ditemui di pantai itu merupakan sebahagian daripada badan pesawat Boeing 777.

Aziz bagaimanapun berkata, ini tidak bermakna 'flaperon' itu adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.

"Benar, MAS beritahu saya bahawa beberapa bahagian 'flaperon' itu adalah dari Boeing 777, tetapi tidak bermakna ia adalah milik MH370.

"Disahkan bahawa flaperon itu dari (Boeing) 777," katanya ketika dihubungi The Star.

Pesawat MH370 hilang bersama dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac tahun lalu.

from PenPanas
Continue Reading…

VIDEO: Seorang Lelaki Dibelasah Rakan Selepas Dituduh Mencuri Telefon Bimbit

Tersebar dilaman sosial sebuah video yang memaparkan seorang orang lelaki yang dipercayai dari sebuah kem tentera berdasarkan susun atur katil dan seragam yang tergantung dibilik berkenaan telah memukul rakannya tanpa belas kesihan.

Mangsa yang duduk di atas katil telah di tendang dan disepak dimuka berkali-kali menyebabkan mangsa merayu kepada rakannya itu.

Mangsa juga dipukul sambil diperhatiakn oleh rakan-rakannya yang lain. Lelaki berkenaan dipukul selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan lain.

Berikut adalah percakapan berdasarkan video.

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.

“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Berdasarkan dialek yang dituturkan, mereka dipercayai berasal dari Sabah

from PenPanas
Continue Reading…

Sekian Lama Bercinta, Akhirnya Anis Dan Sharnaaz Ahmad Putus

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, dia menerima perkara tersebut sebagai ketentuan Allah yang tidak dapat ditentang oleh manusia.

"Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami.

"Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Anis mengulas tentang kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan hubungan mereka sudah putus sejak lima bulan lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Bagaimanapun, Anis berkata, kedua-dua mereka sudah bersetuju untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

"Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami," ujarnya.

Sementara itu, Anis berkata sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu. Dia juga percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah dan mempunyai hikmah tersendiri.

Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Anis berkata, dia hanya menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan, pengacaraan dan perniagaan yang diusahakan.

from PenPanas
Continue Reading…

‘Israel, Negaranya Bersih’ – Mawi Kongsi Pengalaman Ke Sana

kita semua sedia maklum bahawa berlakunya pergolakan antara Palestin dan Israel sehingga menyebabkan jumlah kematian ramai. Kita tengok dekat surat khabar dan gambar-gambar di sosial media pun memang dah cukup buat bulu roma kita naik. Syukur lah, negara kita tak alami ujian yang berat macam tu.

Bekas juara Akademi Fantasia, Mawi menceritakan pengelaman menarik, seram dan pelik ketika menjalani penggambaran dokumentari ketika berada di Palestin dan Israel. Banyak perkara yang Mawi kongsikan melalui Malaysian Digest dan kami pasti, mungkin anda terkejut dengan kisah Mawi di sana. Guulp!


“Ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan..”

Mawi akui perasaan takut dan risau ada dalam diri bila menjejakkan kaki di bumi Israel. Dingin izin Allah S.W.T, semuanya berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku..

Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan.

Apa yang boleh saya katakan, tempat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih. Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih.

Suruh baca Al-Fatihah sebagai bukti Muslim

Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Kalau jalan-jalan di sana, orang-orang di sana tidak terlalu menganggap kami orang asing. Mereka hanya tahu kami dari Asia.

Ada juga yang bertanya sama kami muslim atau tidak, apabila kami jawab ya, mereka minta kami baca surah Al-Fatihah sebagai bukti kami muslim.

Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.


Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal.




from PenPanas
Continue Reading…

Tunjuk Sijil Nikah Sebelum Sewa Bilik Hotel

KUALA LUMPUR - Pasangan bukan Islam enggan menyewa bilik di sebuah hotel di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur kerana tidak berkahwin, lapor Sin Chew Daily.

Wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Wang berkata, dia dan teman lelakinya mahu menyewa sebuah bilik pada petang Ahad untuk memudahkan mereka pergi ke lapangan terbang bagi mengejar jadual penerbangan awal pada keesokkan pagi.

Bagaimanapun, mereka enggan menyewa bilik apabila mereka tidak dapat mengemuka sijil perkahwinan mereka.

Teman lelaki Wang kemudian menyewa sebuah bilik dan mereka berdua menunggu di dalam bilik sementara menunggu dua rakan perempuan mereka agar Wang dapat berkongsi bilik dengan rakannya.

Namun, pekerja hotel tersebut datang ke bilik itu dan meminta salah seorang daripada mereka keluar dari bilik itu kerana pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan duduk sebilik.

Menurut pekerja hotel berkenaan, peraturan itu telah ditetapkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kami hanya mengikut peraturan yang ditetapkan," kata kakitangan hotel tersebut.

Ketika dihubungi, pemilik hotel berkenaan pula menyatakan sebaliknya.

"Orang bukan Islam tidak perlu mengemukakan sijil perkahwinan apabila menyewa sebuah bilik. Hanya pasangan Islam sahaja yang perlu berbuat demikian. Saya rasa pekerja saya telah faham.

"Saya akan terangkan kepada mereka bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi," kata pemilik hotel itu yang memohon maaf di atas kejadian itu.

from PenPanas
Continue Reading…

Isteri Dilayan Seperti Orang Gaji

Kadang-kadang, bila keluar berjalan-jalan ke tempat awam, pasti ada ternampak situasi atau fenomena yang meruntun jiwa. Paling kerap dinampak:
Di Kedai Makan

Isteri dah macam sotong pegang baby, suap anak. Lepas itu, anak seorang lagi nak beraklah, apalah. Si suami pula makan dengan tenang setenang air dikali sambil tangannya memegang telefon bimbit, scroll Facebook, belek-belek dan like gambar di Instagram, senyum-senyum siamang baca WhatsApp!
Di Tempat Letak Kereta

Isteri basah ketiak masukkan anak dalam kereta. Lipat stroller, masukkan barang-barang yang dibeli. Si suami pula asyik bermain dengan telefon bimbit sambil menghisap rokok di tepi kereta. Suami jenis seperti ini, harap badan saja sado. Lebih baik jadi pondan saja.
Ketika Berada Di Eskalator

Bapa pegang telefon bimbit lebih erat daripada pegang anak sendiri. Anak-anak bermain di tali eskalator. Si adik pula melompat-lompat atas eskalator. Ya ampun, rasa nak bagi flying kick saja daripada belakang. Biar kau tersungkur dan tertelan telefon bimbit itu. Disebabkan ada suami berperangai seperti inilah berlakunya kes kaki anak tersepit eskalator.
Dalam pusat beli-belah

Si suami jalan jauh ke depan, si isteri pula dengan membawa perut yang sudah sarat, kepit anak-anak kecil dengan anak besar sambil menjinjit barang serta beg tangan lagi. Terkedek-kedek tertinggal di belakang. Apa si suami takut skandal ternampak yang dia sudah mempunyai isteri? Itu kejadian di luar rumah, yang nampak di mata masyarakat. Yang kita tidak nampak? Entah apa lagi yang perlu dihadap di rumah. Barangkali si isteri yang banyak buat kerja sampai nak pitam, suami pula asyik bermain dengan telefon bimbit dan tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tengok cerita kegemarannya di televisyen.

Pernah terbaca, ada suami yang masih dikategorikan tidak pandai menguruskan anak sendiri walaupun sudah beranak pinak. Tak tahu jaga anak, mandikan anak, pujuk anak, buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar lampin pakai buang anak, semua tak tahu, tak tahu. Apa yang mereka tahu hanyalah buat anak.

Alahai suami, kalau nak belajar berenang, kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi, kena menyanyi. Kalau pandai nak buat anak, kenalah pandai jaga anak.

Inilah masalahnya, bukan suami tak tahu, tapi suami jenis ini malas nak ambil tahu. Orang lelaki, kenapa hanya gentleman bila masa nak mengorat isteri sebelum kahwin dulu? Bila dah kahwin, anak ramai, automatic mereka berubah menjadi heartless. Kalah majikan diorang di pejabat.

Di pejabat, pandai pula mereka kecut tapi bila balik rumah, suami pula yang berlagak macam bos dan isteri pula dilayan macam bibik. Bila poket dah kering, pandai pula suruh isteri 'tong-tong'. Tapi kerja rumah satu pun tak nak tolong.

Apa, si suami ini fikir orang perempuan ini selepas selesai akad nikah, nak serah badan dia kepada suami untuk jadi susah ke? Untuk suami siat-siat hati dan perasaan mereka ke tetapi kesenangan dan kemewahan tak mampu pula nak beri?

Selalu nampak perkara-perkara seperti ini dan ada kenalan sendiri yang juga menghadapi perkara-perkara seperti ini.

Suami pemalas, suami curang, suami cuka main COC, suami rampas isteri anak buah, OMG! Apa nak jadilah dengan dunia sekarang? Aduhai kaum perempuan, bertabahlah walaupun awak solat pun dihujung-hujung waktu, tak sempat mandi, seharian buat kerja rumah, muka pun dah nak jadi seperti mak lampir, suami pula menyalahkan isteri dah tak cantik dan tak wangi.

Jangan salahkan diri anda, sebab kalau dia kahwin lagi 74 kali pun, semua isteri-isteri dia turut akan menjadi mak lampir sebab suami tak pandai jaga bini. Dan untuk semua isteri-isteri seperti dalam cerita di atas ini, awak semua adalah superwomen! Walaupun suatu hari nanti anda 'dibuang', jangan gundah kerana anda sudah terbiasa dengan 1001 kepayahan. Anda akan survive dan buat yang masih bertahan, inshaAllah ganjaran dari Allah untuk anda. Di sana nanti, andalah di antara bidadari-bidadari yang paling cantik.

Jauhkanlah keturunanku dan zuriat lelakiku daripada menjadi spesis rare-type yang minta kena lempang beramai-ramai ini, Ya Allah. Insha Allah, Amin.. Amin.. - Yat Zakie

from PenPanas
Continue Reading…

Wanita Kongsi Kisah Dari Mula Kenal Pensyarah 'Kerek' Ini Tetapi Kini Sah Bergelar Suaminya


Jodoh pertemuan itu ditangan tuhan, sudah menjadi fitrah cinta antara lelaki dan wanita, di sebalik sebuah percintaan sudah semestinya ada satu kenangan yang terindah tidak dapat dilupakan.

Setiap pasangan bercinta sudah pasti inginkan yang terbaik untuk pasangannya dan paling manis sekali apabila selesai diijabkabulkan kerana itulah bukti sebenarnya cinta.

Kalau dikatakan jodoh, lari ke planet Pluto sekali pun kalau sudah di tetapkan jodoh kita, tidak kemana, akan bersatu juga nanti.

Menjadi viral di laman sosial kisah seorang wanita yang berkongsikan kisah cintanya dari mula berkenalan dengan suaminya sehingga sah menjadi suami isteri.

Tidak disangka si suami yang merupakan pensyarahnya yang dikenali sebagai seorang lelaki 'kerek' satu ketika dahulu kini sudah menjadi khalifah di dalam hidupnya.

Jom kita ikuti kisah cinta mereka ini, memang 'manis' kisahnya dari pertemuan bertama sehingga ke jinjang pelamin.

Tengah Tunggu Lift Dengan Seorang Lecture Lelaki



1st Class Sem 4, Jeng jeng jeng, Crush Lama Gua Rupanya



Sir Tak Masuk Kelas, Kat Kolej Pun Tak Nampak Batang Hidung



Taman Mak Pergi Bazar Ramadhan, Dapat "Whatsapp" Tulis "Nice DP"



Fikir Macam Mana Sir Boleh jadi Tunang Ana



Sir Zharif, Lecturer Kerek Dalam Lif Dulu Sah Menjadi Suami Saiaaaaa 😊💕 i love you sir


Alhamdulillah..dari pengenalan hanya sebagai seorang pelajar dan penyarah sudah menjadi isteri Ana yang sah. Tahniah SK ucapkan. Kami doakan hubungan yang dibina sentiasa dirahmati dan bahagia sehingga akhir hayat. Sweet kau Ana. -




from PenPanas
Continue Reading…

Bayi dalam kandungan meninggal akibat makan durian

Seorang wanita yang telah hamil 39 minggu yang sedang menunggu saat bersalin teringin makan durian, setelah mendapat kan durian dia telah makan sebanyak dua biji bagi melepaskan hajat nya.

Di saat itu juga tarikh dan masa untuk bersalin telah sampai dan diri nya telah di masukan ke bilik bersalin akibat dari  makan durian yang banyak badan nya kepanasan dan meminta untuk minum air penyejuk badan.

Namun apa yang menyedihkan bayi dalam kandungan nya menerima tempias akibat makan durian itu, bayi di dalam kandungan bergerak pantas dan mungkin kepanasan akibat dari makan durian tadi.

Lama-lama kelamaan gerakan bayi dalam kandungan semakin perlahan dan terus senyap, alangkah terkejut nya wanita terbabit di saat diri nya bayi nya tadi terkulai layu dan tidak bernyawa lagi mungkin akibat dari kesan durian tadi.

Amat sedih apa yang di alami oleh wanita terbabit sudah lah berjauhan dengan suami malang pula untuk nya semoga kes ini dapat di jadikan pengajaran dari apa yang berlaku pada ibu dan bakal ibu di luar sana.

Pengesahan dari cerita ini tiada bukti yang kukuh namun cukup untuk di jadikan pengajaran untuk semua orang jangan lah memikir kan untuk diri sendiri kurang-kurang fikirkan bayi yang dalam kandungan jika mengandung - BS


from PenPanas
Continue Reading…

(34 Gambar) 10 Artis Malaysia BertudungYang Sangat Comel. Artis Nombor 1,2, & 9 Comel Sangat

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab.


Sama-sama kita ucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama. Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin.
Berikut dipaparkan 10 artis wanita Malaysia yang comel bertudung. 

1- Datuk Siti Nurhaliza


2 - Heliza Helmi


3- Diana Amir


4 - Irma Hasmi



5 - Natasya Hudson



6 - Nora Danish



7 - Tiz Zakiah



8 - Izara Aishah



9 - Neelofa



10 - Anzalna Nasir



from PenPanas
Continue Reading…

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas