Friday 31 July 2015

Iklan Raya Petronas Papar Perselisihan Adik-Beradik #SampaiHati

AIR dicincang tidak akan putus.

Bergaduh, berselisih faham atau tidak sefahaman merupakan antara faktor-faktor yang sering kali membawa kepada perbelahan dalam sesebuah keluarga itu.

Lari daripada kebiasaan, Petronas baharu sahaja menayangkan iklan hari raya pada tahun ini bermula semalam.

Iklan ini juga boleh dikaitkan sebagai meraikan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun.

Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy dan bintang muda, Hafidz Roshdi dipilih membintangi iklan tahun ini yang cukup meninggalkan mesej-mesej tersirat untuk kita dalami sendiri.

Iklan raya Petronas sebelum ini sering kali ditunggu-tunggu penonton memandangkan iklannya yang cukup sinonim dengan cara penceritaan dan pengarahan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad yang sentiasa dekat di hati penonton.




from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas