Friday 31 July 2015

MENGEJUTKAN!! ERRA FAZIRA DEDAHKAN PUNCA SEBENAR BELIAU BERTUDUNG

Seorang lagi selebriti nampaknya sudah berhijrah untuk bertudung. Sudah tentu semua peminat Erra Fazira gembira dengan perubahan aktres berkenaan.

Erra Fazira dedah punca bertudung – Hangat dengan penyebaran gambar dan cerita Erra bertudung, turut sama disebarkan adalah punca pelakon, penyanyi dan pengacara popular itu bertudung kononnya adalah kerana mahu berkahwin.
ERRA FAZIRA DEDAH PUNCA BERTUDUNG 2
Menerusi sumber media, Erra Fazira, 41, menafikan menafikan dia bertudung kerana mahu berkahwin seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.
Erra yang mula bertudung sejak semalam berkata, penghijrahannya itu sudah lama mahu dilakukan tetapi ada saja alasan yang membuatkan hasratnya itu tertangguh.
ERRA FAZIRA DEDAH PUNCA BERTUDUNG
“Alhamdulillah, ini berkat doa semua, keluarga dan teman. Sebelum ini hati sudah kuat mahu bertudung, cuma kadangkala ada banyak alasan membuatkan niat itu tertangguh. Bagaimanapun, pada malam Nisfu Syaaban kelmarin, saya berdoa semoga ditetapkan niat. Pada keesokan harinya (semalam) saya terus memakai tudung. Sebelum keluar menghantar anak saya, Aleesya ke sekolah. Saya bertanya kepadanya mengenai penampilan terbaru saya dan dia suka. Begitu juga dengan ibu yang turut memberi reaksi sama,” katanya.


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas