Wednesday 29 July 2015

Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar

Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar | Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah yang terletak di Bangunan Menara 2 Bukit Aman terbakar, petang semalam.

Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10  menara 2 (lama) berkenaan.

Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.20 petang.

Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.


Azizan berkata api dapat dikawal sepenuhnya  jam 7.47 malam. Punca kejadian masih disiasat,"katanya.



Sementara itu Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad mengesahkan kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada kakitangan yang bertugas di bangunan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya dokumen tidak penting yang musnah dalam kebakaran itu.

“Tiada dokumen siasatan yang terlibat dalam kebakaran ini. Cuma dokumen lama tak penting yang musnah. Jangan buat spekulasi,” ujarnya menerusi laman mikro Twitter miliknya.

sumber
http://ift.tt/1OPFdHx


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas