Friday 31 July 2015

VIDEO: Seorang Lelaki Dibelasah Rakan Selepas Dituduh Mencuri Telefon Bimbit

Tersebar dilaman sosial sebuah video yang memaparkan seorang orang lelaki yang dipercayai dari sebuah kem tentera berdasarkan susun atur katil dan seragam yang tergantung dibilik berkenaan telah memukul rakannya tanpa belas kesihan.

Mangsa yang duduk di atas katil telah di tendang dan disepak dimuka berkali-kali menyebabkan mangsa merayu kepada rakannya itu.

Mangsa juga dipukul sambil diperhatiakn oleh rakan-rakannya yang lain. Lelaki berkenaan dipukul selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan lain.

Berikut adalah percakapan berdasarkan video.

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.

“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Berdasarkan dialek yang dituturkan, mereka dipercayai berasal dari Sabah

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas