Friday 31 July 2015

Mukhriz Jemput Muhyiddin & Shafie Rasmi Mesyuarat Perwakilan Kedah

Mukhriz Jemput Muhyiddin & Shafie Rasmi Mesyuarat Perwakilan Kedah | Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah digesa agar tidak membatalkan jemputan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian di negeri itu.

Mukhriz Jemput Muhyiddin & Shafie Rasmi Mesyuarat Perwakilan Kedah

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusinya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memberitahu mesej mengenai perkara itu telah disampaikan kepada semua Ketua Bahagian UMNO negeri itu.

Menurut beliau, sekiranya langkah membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin parti itu diambil ia hanya menunjukkan satu tindakan yang kurang manis.

“Kita sudah menjemput perasmi-perasmi ini atas jawatan mereka dalam parti dan bukan di dalam kerajaan, jadi biarlah kita tidak tukar jemputan itu kerana ia kurang manis,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian itu berkata, jemputannya kepada Shafie untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos ini.

Jemputan dibuat atas kapasitinya sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO.

sumber
http://ift.tt/1IxvlkW


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas