Wednesday 29 July 2015

Maut Jatuh Kereta, Bukan Kerana Bergaduh

Maut Jatuh Kereta, Bukan Kerana Bergaduh | Seorang pensyarah lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada kereta jenis Proton Saga yang dipandu isteri, 10.30 malam semalam.

Maut Jatuh Kereta, Bukan Kerana Bergaduh

Kejadian berlaku di Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini ketika mangsa berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Tumpat ke Machang.6

Difahamkan, mangsa sebelum itu membuka pintu untuk meludah dan menutupnya semula sambil memberitahu mahu tidur kepada isterinya.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba terjatuh dipercayai akibat pintu tempat duduk penumpang hadapan itu terbuka dan tidak bertutup rapat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian itu dan menafikan sebelum itu berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan isteri seperti tersebar di laman sosial.

"Mangsa diklasifikasikan mati mengejut dan tiada pergaduhan yang berlaku hingga menyebabkan kejadian itu," katanya.

sumber
http://ift.tt/1JRbEkG


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas