Wednesday 29 July 2015

Seksa Khunsa Muslim! Terpaksa Berbengkung, Dicemuh Lembut

DALAM bahagian pertama, kami telah paparkan kisah Adam yang akhirnya memeluk Islam selepas diberikan hidayah oleh Allah SWT.


Bagaimanapun ada cabaran lain yang lebih getir terpaksa dihadapi Adam selepas itu iaitu berhadapan dengan kelainan jantina pada dirinya yang merupakan seorang khunsa.

Dalam kekeliruan mencari arah kebenaran, Adam datang kepada kami untuk berkongsi kekusutan dialaminya demi mencari penyelesaian terbaik.

Antara yang dikongsikan, Adam terpaksa hidup berpura-pura sampai ke hari ini kerana tidak mahu menyukarkan keadaan.

Sudah tentu, hal ini sedikit sebanyak membelenggu perasaan Adam sehinggakan dia rela mendedahkan kelainan orientasi seksualnya sebagai satu bentuk ‘jeritan’ meminta tolong ditunjukkan arah yang benar buat insan yang dilahirkan istimewa sepertinya.


“Sampai sekarang saya serba salah apabila ditanya mengapa ambil masa terlalu lama dalam bilik air..” ini hanya sedikit daripada perkongsian pilu Adam ketika dihubungi Mynewshub menerusi panggilan telefon.

Hakikatnya Adam menempuh hidup lebih sengsara apabila terpaksa menyembunyikan banyak perkara dalam hidupnya kerana diselubungi perasaan keliru dan malu.
Antaranya termasuk menolak untuk berkongsi bilik dengan lelaki ketika check-in hotel bila out-station, terpaksa memakai bengkung untuk menutup kelainan pada dadanya dan menahan perasaan sedih apabila ditegur mempunyai ciri-ciri lembut bak wanita.
Adam juga keliru tentang soal ibadah termasuk sama ada dia perlu berada di saf solat wanita atau pun lelaki. Bagi orang terapat yang mengetahui masalah Adam, hati mereka dipaut kasihan melihat dia terpaksa ke kawasan agak jauh untuk berwuduk kerana bimbang batal jika tersentuh lelaki.

Secara peribadi, penulis berasa amat sedih dan terharu melihat usaha Adam untuk keluar daripada belenggu keliru termasuk sanggup mendedahkan kelainan jantinanya demi mendapatkan pencerahan.

Bayangkan di saat ada segelintir insan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki dan dibesarkan dalam keluarga Islam sejak kecil memilih untuk menolak fitrah dengan bertukar menjadi ‘wanita’ kerana tak dapat menentang gelojak nafsu, Adam memilih untuk ‘terseksa’ demi melengkapkan imannya selaku umat Muhammad yang mendapat hidayah Allah.

Harus diingat, golongan khunsa diciptakan Allah memikul dugaan hidup jauh lebih besar daripada kebanyakan insan biasa. Maka kalaupun tak mampu memahami mereka, jagalah lidah tanda bersyukur tak ditimpakan ujian segetir golongan ini.

Dugaan diterima mereka bukan calang-calang. Seperti dikongsikan Adam, dia tak hanya diuji dengan godaan nafsu oleh golongan lelaki di bumi Malaysia malah ketika berada di tanah suci.

Tak hairanlah, banyak golongan istimewa sepertinya mudah tersasar jika iman di dada tak cukup utuh.

Justeru, amat malang jika permintaan Adam yang boleh dikira mewakili golongan khunsa yang mahu dibimbing mengikut landasan Islam sejati dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab termasuk golongan ulama dan pihak berkuasa agama.

Diharapkan juga, pendedahan dibuat Adam tidak membawa kepada kata-kata nista oleh masyarakat di luar sana tetapi bersangka baiklah bahawa dia melakukannya semata-mata kerana inginkan bimbingan dan petunjuk ke jalan yang benar, sama ramai insan istimewa lain sepertinya di luar sana. –

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas