Tuesday, 22 September 2015

Cara Mudah Untuk Hilangkan Bulu Kaki

Mungkin wanita malu jika mempunyai bulu kaki dan menjadi perhatian pada lelaki bila melihat wanita yang mempunyai bulu kaki. Disini penulis ingin kongsikan cara mudah untuk hilangkan bulu kaki anda. Don't Worry =).

Selain menggunakan pencukur, apa lagi cara semulajadi untuk menghilangkan bulu kaki malah cara yang paling mudah. Ini Wanista senaraikan beberapa yang boleh anda cuba. Mana tahu berkesan. Apapun selamat mencuba!

Cara Pertama
Madu sangat efektif untuk menghilangkan bulu pada kaki anda. Caranya dengan tiga sudu makan madu dengan sedikit air perahan lemon. Selepas itu panaskan seketika. Apabila suam, sapukan pada bulu kaki anda. Biarkan selama sejam dan bersihkan.

Cara Kedua
Gunakan putih telur. Campurkan dua sudu makan gula, satu sudu teh tepung jagung dan sebiji putih telur. Kacau semuanya sehingga sebati, kemudia sapu pada kaki. Biarkan beberapa minit sehingga bulu kaki anda tertanggal dengan sendirinya.

Cara Ketiga
Bagaimana gula boleh menghilangkan bulu kaki. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu makan gula dengan perahan limau nipis. Kemudian panaskan sehingga membentuk karamel. Biarkan sehingga suam, kemudia disapu pada kaki anda yang berbulu. Ramuan gula yang dicampur dengan limau nipis boleh menghilangkan bulu kaki hingga ke akarnya.

Cara Keempat
campurkan khasiat kunyit hidup yang telah dikisar halus dengan kapur sirih. Ambil lima sudu makan kunyit hidup yang telah dikisar, gaul hingga sebati bersama saty sudu makan kapur sirih. Cara hilangkan bulu kaki menggunakan kunyit hidup dan kapur sirih sangat mudah, campurkan kedua bahan tersebut. Gaul hingga rata dan kemudiannya disapu pada kaki yang berbulu sehingga bulu tersebut tertanggal dengan sendirinya ketika digosok.

P/S : Bagi wanita selamat mencuba. Bagi lelaki don't try this.

Sumber : Wanista

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas