Friday 28 August 2015

'Tasha Shila Mabuk Teruk, Ayah Tasha Shila Dan 40 Orang Menyerang Kami' - Cerita Sebenar


Tadi, kami telah membuat entri mengenai teman wanita Hans Wong, bekas kekasih pelakon Tasha Shilla, yang telah membuat laporan polis kerana diserang oleh pelakon itu di Zouk, Kuala Lumpur.
Apa yang sebenarnya berlaku menjadi lebih jelas melalui laporan yang dimuat naik oleh Carmen Emirda di akaun Instagramnya.
Menurut Hans, pada mulanya dia datang ke kelab tersebut dan terserempak dengan Tasha. Dia cuba bersalaman dengan bekas kekasihnya itu tetapi tidak diendahkan. Hans seterusnya duduk di sebuah meja.

.

Secara tiba-tiba, Tasha yang berada dalam keadaan mabuk telah menampar dan menendang kaki Hans. Orang ramai yang berada dalam kelab telah menarik Tasha dan menyimbahnya dengan air akibat serangan itu. Beberapa orang pengawal kelab kemudiannya membawa Tasha keluar.

Apa pun, kes ini telah menjadi kes polis. Begitu pun, masih belum ada sebarang penjelasan dari pihak Tasha mengenai perkara ini.
Seperti biasa, kita serahkan saja pada pihak polis untuk menyiasat perkara sebenar. Seingat kami, Tasha pernah mengatakan dia ke kelab malam untuk menenangkan fikiran, tetapi bila jadi perkara begini, bukannya tenang kot Tasha, tetapi makin bercelaru dibuatnya.
Mengapakah Tasha berbuat demikian jika benar? Bersama kita nantikan hasil siasatan polis.


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas