Thursday 27 August 2015

Foto Baby Bump Isteri Ashraf Muslim, Dayana Lokman Dan Wan Sakinah..

Umum mengetahui bahawa Ashraf Muslim bakal menimang dua cahaya mata pada tahun ini selepas isteri pertama beliau Noor Dayana Lokman telah sah mengandung selepas beberapa tahun berkahwin. Malah, isteri kedua  beliau, Wan Sakinah juga sedang hamil anak mereka yang kedua.


Baru-baru ini, Ashraf ada memuat naik foto kedua isterinya di Instagram dengan kapsyen yang memohon doa agar segala proses semasa bersalin berjalan dengan lancar.

Melalui foto itu juga, jelas kelihatan baby bump  Dayana yang kini sedang hamil 4 bulan manakala Sakinah pula sedang hamil 8 bulan.


Alhamdulillah.. Hanya hatiku yg tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah dgn setiap kehendakNya. Hanya SABAR yg mengajar erti kehidupan yg lebih bermakna.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa isteri2ku, tenangkanlah hati mereka setiap masa, jgn sesekali beri mereka kesakitan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak, janganlah ada komplikasi pada mereka, permudahkan segala urusan, lindungilah mereka dalam apa jua keadaan, lahirkanlah anak kami sihat tubuh bdnya, sempurna sifatnya, baik akhlaknya dan hidupnya kelak hanya untukMu Ya Allah.

Memang sudah terserlah baby bump masing-masing dan tenang kami melihat kebahagiaan mereka sekeluarga. Harapnya Ashraf Muslim akan terus berlaku adil kepada Noor Dayana dan Wan Sakinah sehingga akhir hayat mereka. Besar tanggungjawab untuk membimbing dua orang isteri.  Apa-apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar nanti.


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas