Friday 28 August 2015

5 Foto..Dasyat..Lori 5 Tan Terjunam Dari Jejambat..

Seorang pemandu lori tersepit selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira lima meter ke bulatan Simpang Lima di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi, lori seberat lima tan berkenaan dipercayai terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah bas dan tiga kereta sebelum ia terhumban ke bawah jejambat berkenaan. 

Keadaan itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya dari semua arah ke bulatan berkenaan. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pasukannya menerima panggilan pada jam 8.50 pagi tadi dan kerja mengeluarkan pemandu lori seberat lima tan itu sedang dijalankan. 

"Pemandu dianggarkan berusia 50-an dan masih tersepit di dalam kenderaan berkenaan," katanya. - BH







from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas