Thursday, 20 August 2015

Sanggup Rendah 200KM Nak Memadu Kasih di KL...

Sepasang kekasih sanggup meredah perjalanan menaiki bas sejauh lebih 200 kilometer dari Sungai Siput, Perak semata-mata untuk memadu kasih di sebuah hotel di ibu kota.

Pasangan kekasih berusia awal 20-an itu yang baru berkenalan bagaimanapun ditahan dalam operasi mengejut dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Jalan Klang Lama, di sini.


Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi kelmarin, pasangan itu turut memberi alasan rapuh kononnya mahu menghadiri kenduri perkahwinan seorang kenalan di Kapar, Klang.

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, anggota dan pegawai JAWI terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan terbabit membuka pintu bilik hotel sejurus diminta untuk diperiksa.

“Sebaik pintu bilik dibuka, kami menemui seorang lelaki dan wanita berada di bilik dalam keadaan mencurigakan. - HM


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas