Thursday, 20 August 2015

"Malaysia tidak akan tambat ringgit kerana ekonomi terus kukuh dipasaran global" - Najib Razak



PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia menjadi semakin bersepadu dengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran dagangan dan kewangannya.

Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melalui penyelarasan, ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar tukaran mata wang.

"Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.

"Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat ringgit atau pun melaksana kawalan modal," katanya pada sidang media di sini, Khamis. - MStar


Tidak perkenal kawalan modal, tambatan ringgit

Kerajaan memutuskan untuk tidak memperkenalkan kawalan modal dan tambatan nilai ringgit pada dolar Amerika Syarikat seperti dilakukan pada krisis ekonomi pada 1997 lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan juga komited untuk meneruskan langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Malah, katanya, kerajaan juga akan meneruskan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

"Biarpun kerajaan berpandangan bahawa tahap semasa Ringgit tidak mencerminkan asas ekonomi semasa yang kukuh, namun kerajaan sentiasa peka terhadap integrasi ekonomi negara dengan ekonomi global.

"Kerajaan tetap komited terhadap dasar mesra pasaran dan mengekalkan integriti dan keterbukaan pasaran," katanya pada sidang media mengenai ekonomi dan pasaran ekonomi semasa negara di sini, sebentar tadi. - HMetro


Kenyataan PM: Nilai Ringgit berbanding dolar Amerika

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan nilai mata wang Ringgit berbanding dolar Amerika

Kejatuhan wang Ringgit berlaku atas beberapa faktor seperti berikut:

(i) tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain;

(ii) penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan Ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut’

(iii) jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika;

(iv) adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.

Berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman termasuklah lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, hari ini dalam laporan terkini oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015.

Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara. - HMetro

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas