Tuesday, 25 August 2015

Peserta BERSIH boleh dapatkan perlindungan di 3 buah gereja Katolik



Archbishop Kuala Lumpur Julian Leow mengesahkan bahawa tiga buah gereja Katolik di Kuala Lumpur akan membuka pintu mereka kepada peserta BERSIH 4 yang ingin mendapatkan perlindungan.

Katanya, atas semangat perikemanusiaan, Gereja Katolik telah memutuskan untuk membenarkan St John Cathedral di Bukit Nanas, Gereja St Anthony di Pudu dan Gereja Fatima di Brickfields menjadi tempat perlindungan ketika perhimpunan BERSIH 4.

Dalam satu kenyataan, Leow juga menjelaskan bahawa Gereja Katolik tidak memihak kepada mana-mana organisasi politik dan gereja itu telah berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini.

Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, tiga gereja akan membuka pintu kepada peserta perhimpunan itu yang memerlukan perlindungan.

Ini telah membawa kepada kebimbangan bahawa tindakan akan diambil terhadap tiga gereja berkenaan.

Perhimpunan BERSIH 4 akan bermula pada jam 2 petang Sabtu dan berterusan selama 34 jam.

Selain menggesa Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak berundur ekoran kontroversi 1MDB, penganjur perhimpunan itu berkata, mereka juga menuntut pembaharuan institusi untuk membasmi rasuah. - Malaysiakini

Poster daripada http://ift.tt/1IekhUI



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas