Monday, 7 September 2015

EMMA MAEMBONG DAN EZUWAN ISMAIL AKHIRNYA BERDAMAI?

Persengketaan pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan pelakon Emma Maembong sejak tahun lalu akhirnya terlerai apabila wanita itu tampil memohon maaf. Mereka sebelum ini dilaporkan bermasam muka kerana insiden baju tajaannya Ezuwan tidak dipakai oleh adik aktres itu, Chacha Maembong semasa Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).

pageBercakap kepada mStar Online, Ezuwan berkata Emma ada bertemu dengannya secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya, dekat sini, minggu lalu.

“Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.

“Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu,” katanya.

Sementara itu, Ezuwan berkata, dia enggan mengenang kembali hal tersebut dan menamatkan permusuhan dengan Emma dan Chacha.

“Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka,” ujarnya.



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas