Thursday, 20 August 2015

'Nak demo bogel pun boleh, asal di stadium' - Ku Nan



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang peserta demonstrasi BERSIH mengadakan demonstrasi di tempat awam seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Sebaliknya beliau mencadangkan peserta demonstrasi itu mengadakan perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam dengan apa juga keadaan termasuk berbogel.

"Sekiranya mereka ingin berbuat demikian (demonstrasi), mereka boleh pergi ke stadium yang mereka mahu.

"Pergi Stadium Melawati dekat Selangor lah. Buatlah apa-apa yang mereka mahu, menjerit, mahu berbogel, buatlah sesuka hati kamu," katanya selepas pelancaran Taman Penajaan Taman Angkat DBKL Eco City di Kuala Lumpur.

Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Datuk Bandar Datuk Amin Nordin berkata pada tarikh sama, Dataran Merdeka akan digunakan untuk kerja-kerja persediaan untuk perarakan hari merdeka. - Mkini

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas