Friday, 21 August 2015

Kisah sayu...sepasang suami isteri buntu membeli pampers anak kerana gaji belum masuk. Sedangkan...



Semalam saya singgah di Mydin untuk membeli makanan Kucing. Saya lalu diruangan pampers. Saya pun usha-usha jugak laa harga pampers, mana tau tiba-tiba ada offer 85% atau free 70pcs...

Pastu saya terdengar perbualan sorang ibu dan ayah ni...si ibu berkata, "bang, suma kedai mahal...sini pun takda offer..."

Si ayah berkata, "Ambik je laa jenama Mydin bodo-bodo ni...tak larat nak beli pampers camni..gaji tak masuk lagi"


Si ibu menambah, "boleh...tapi pampers ni cepat bocor...anak kita tu tido kalu menyusu, pampers yang takda jenama ni habis bocorlaa...tak larat nak membasuh kain dan cuci tilam..."

Saya nampak si ayah meraba-raba poket seluarnya setelah menggeledah seluruh pelusuk dompet... Katanya lagi, " ni ikan tak beli lagi ni..."

Saya segera beredar kerana dia perasan saya hanya berlakon mencari pampers sambil mencuri dengar perbualan mereka.

Dalam kereta, saya ceritakan kat isteri... "Kita asyik pandang orang atas je, bila nak bersyukur...nanti, setiap keluhan rakyat marhean dan golongan pertengahan ni dan golongan bawahan, setiap keluhan... Keluhan membayar hutang...keluhan sara hidup...keluhan perubatan dan lain-lain, setiap inci keluhan ni aku nak tuntut 1 per 1 kat pemerintah yang hidup senang lenang dan dengan megah berkata, kami membela rakyat sedangkan di setiap ceruk masih ramai yang mengais untuk makan sesuap nasi.

P/s : Dua minggu lepas FB aku kena block sebab post 1 artikel kritik kerajaan (isu derma yang bilion-billion tu ler)...Alhamdulillah unblock semula selepas lulus ujian pengecaman muka. Kali ni kalau kena block lagi, xpelah....yang penting kat akhirat nanti, bersepah-sepah orang yang akan block hangpa...

* gambar xda kena mengena ngn mana2 syarikat mahupun parti lampin bayi pakai buang.

Ditulis oleh Fadzil Khairi via Facebook

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas