Thursday, 20 August 2015

[Video] Ibu Malukan Anak Perempuannya Kerana Muatnaik Gambar Seksi Hingga Jadi Viral


North Carolina (Amerika Syarikat) – Seorang ibu bertindak memuatnaik video dia menghukum anak perempuannya yang didakwa memuatnaik gambar separuh bogel di laman sosial Facebook, Isnin lepas.

Laporan BBC mengatakan rakaman Valerie Starks memarahi anaknya yang berusia 13 tahun mendapat perhatian lebih 12 juta pelayar.


“Awak ada Facebook, dan awak muatnaik foto awak memakai pakaian dalam,” kata Stark dalam rakaman tersebut, menyebabkan anaknya mula menangis.

“Jangan menangis. Awak tak menangis semasa awak muatnaik foto separuh bogel awak,” luah Stark kecewa.

Walaupun segelintir pelayar menuduh Stark melakukan buli siber, namun hampir sebahagian besar pelayar yang merupakan ibu bapa memuji tindakannya.

“Dunia perlukan lebih ramai ibu seperti awak. Cara awak ajar anak awak adalah bagus,” kata Rhonda Snow di laman Facebook Stark.

“Ini sangat mengecewakan,” kata Amy McCready yang mengaku pakar dalam hal kekeluargaan.

Menurut McCready, cara tersebut akan menyebabkan anak-anak sukar untuk berterus-terang dan berkongsi masalah dengan ibu dan bapa.

“Jika mereka takut dimalukan, mereka akan jadi lebih cekap untuk menyembunyikan rahsia,” terang McReady.

Dalam satu temuramah, Stark memberitahu agensi KMGH bahawa dia sayangkan anak perempuannya.

“Anak perempuan saya akan faham nanti, dan menghormati saya kerananya (hukuman),” kata Stark.

“Jangan cakap anak perempuan anda tidak akan buat benda yang teruk, jangan sampai perkara yang sama terjadi kepada kamu,” kata Stark kepada ibu bapa yang lain.


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas