Thursday, 20 August 2015

Kisah Isteri Sarat Mengandung Yang Keletihan Tapi Tetap Setia Teman Suami Kerja


Bak kata pepatah ‘kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih’. Demi mencari rezeki, wanita ini telah banyak membantu suaminya semenjak daripada mereka belum berkahwin lagi.

Menerusi perkongsian Ahmd Fzl yang bekerja sebagai seorang runner, isterinya ini pernah bersama-sama menemaninya mengutip kotak dan tin suatu masa dulu.

Ikuti lagi kisah mereka yang kami rasa boleh dijadikan iktibar untuk semua. Walaupun pendek, ianya menusuk kalbu!

Ini isteri saya, saya cerita pengorbanan seorang isteri dan juga seorang ibu, time ni kat JPO baru lepas hantar dokumen sekeping ke JB.


saya kerja dari pagi then drive ke JB, dia kesian tengok saya then dia pulak yg drive. bila dapat duduk je kt kerusi JPO dia tidur mmg lena walaupun baru sekejap, ema pernah ikut saya kutip kotak dan tin di sekitar shah alam, sanggup buat apa demi nak kumpul duit kahwin.


susah kita nak cari pasangan yg boleh susah payah sesama. kepada aisyah, dengar cakap mama ye. mama awak dah cukup byk bkorban utk kita, dan abah akan cuba sentiasa berusaha utk bg awak yg terbaik.

20 ogos 2015
waktu aisyah batuk

Ikuti banyak lagi kisah mereka di Facebook Ahmad FZL



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas