Gadis mangsa alam siber kepala tutup tubuh terdedah
Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b*gel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.
Bukan saja gambar, malah video aksi g*airah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiar laman web l*cah.
Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video g*airah atau b*gel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.
Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.
Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin. -HM
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment