Saturday, 4 July 2015

Video : Luahan sedih dan marah orang ramai status pakar motivasi ini

Hari ini ramai pula orang kongsikan post ini di Facebook, berkaitan sebuah rancangan wawancara di TV mengenai pengurusan gaji. Antara yang dikongsikan oleh tetamu jemputan yang juga merupakan seorang pakar kewangan adalah bagaimana kita perlu mengubah persepsi mengenai kegawatan sekarang dan mengawal gaji kita, antaranya adalah cuba jangan balik kampung sewaktu musim perayaan kerana ia dapat menjimatkan minyak dan tol. Dan macam biasa, terus ramai melayu yang melatah dan maki hamun individu tersebut di Facebook


Aku cuba untuk mencari kebenaran mengenai post tersebut sebelum membuat kesimpulan apa2 aku memang susah nak percaya post2 orang kat Facebook ni lebih2 lagi yang diletakkan hanya foto dan bukan video. Hasil pencarian aku maka jumpalah juga videonya, korang boleh tonton sendiri di bawah.

Wawancara tersebut merupakan segmen Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di TV1 (RTM1) pada pagi 2 Julai 2015 dengan tetamu jemputan seorang pakar dalam bidang kewangan iaitu Syed Abdul Aziz Al Qubra, CFP,CTP, CIPD, Pengarah Creative Trainers (M ) Sdn Bhd.



Jika malas nak tengok semua, boleh skip dan mula pada minit 7:30 untuk tonton mengenai apa yang ditulis di post di atas.

Nak kata setuju dengan point dia, tidak juga. Nak kata tak setuju langsung pun, point dia ada betul juga.

1. Kalau dengar daripada awal, mereka bincang pasal perbelanjaan untuk menghadapi hari raya, perlu ke beli macam2 serba baru seperti kereta baru, barang kemas baru, set sofa baru dan isteri baru, dan hasil survey yang diperolehi, 53% yang paling banyak memilih barang kemas baru, yang aku pasti orang perempuan yang pilih.




Dan kebanyakan point2 awal tetamu jemputan tersebut aku setuju, kerana mentaliti orang kita ni memang asal nak raya banyak benda nak tukar baru biar pun ada yang tak mampu dan terpaksa berhutang sampai bertahun2.

Kalau tanpa isu GST, kenaikan harga minyak atau tol pun, orang cakap ukur baju di badan sendiri dan berbelanjalah ikut kemampuan. Tak perlu nak ikut2 jiran, kawan2 lain beli macam2 benda baru, dan juga untuk menunjuk kepada jiran dan keluarga di kampung, seperti beli kereta dan barang kemas sebab orang lain hanya akan kagum sekejap sahaja tapi yang menanggung hutang sampai 9 tahun tu kita.


2. Dari segi pengurusan kewangan, sebenarnya ada juga tips2 daripada beliau yang bagus seperti prinsip "Watch the crowd, and always go in the opposite direction". Bermakna kalau ramai orang buat sesuatu perkara yang sama, kita buat sebaliknya. Kalau ramai orang membeli belah pada bulan Ramadhan, kita membeli belah pada bulan2 sebelumnya. Jangan berbelanja last2 minit sebab harga barangan seperti pakaian untuk baju raya pasti akan naik bila dah nak dekat2 raya sebab demand tinggi. Cuba beli pakaian untuk baju raya 3 4 bulan lebih awal pada masa demand tak tinggi sangat, mesti harga lebih rendah berbanding masa nak hampir raya.


Termasuk juga tips untuk bercuti dan berjalan ke mana2, kalau tak nak mengharungi jalan yang sangat sesak dan perbelanjaan yang tinggi, bercutilah pada waktu yang bukan waktu puncak seperti hari perayaan dan waktu cuti sekolah. Namun bagi aku tips ini memang bagus dari sudut menjaga ekonomi sendiri, namun jika dilihat daripada sudut2 lain seperti perhubungan dan kekeluargaan mungkin tidak sesuai.



3. Berbalik kepada point2 pada minit ke 7:30 di video terse3ut, kalau dah memang betul sangat2 takde duit dan tak mampu nak tampung kos perjalanan dan perbelanjaan pulang ke kampung, kita mungkin boleh maki kerajaan tiap2 hari, tapi akhirnya nak buat macam mana? Nak tak nak terpaksa juga tak balik kampung dan beraya di rumah.

Aku pasti ibu bapa faham, adik beradik yang lain pun faham, kalau tak faham juga kenalah mereka tolong dan usahakan agar kita dapat pulang ke kampung. Atau mungkin nak tak nak terpaksa cari duit tambahan atau pinjam orang lain, tapi bila dah hutang, maka lepas ni dah tambah beban pula untuk bayar hutang. 

Tapi benda2 ni sebenarnya tak jadi isu pun, sebab tanpa dia cakap pun aku tengok ramai je orang yang tak dapat pulang ke kampung terutama yang jauh kerana tidak cukup duit untuk balik. Yang ada duit pasti akan balik walau jauh sekalipun.

Cuma ada juga yang bila raya tak balik kampung, tapi mereka tak balik kampung biasanya bukan sebab takde duit ke apa, tapi sebab mereka memang tak nak balik kampung waktu raya dan lebih suka beraya kat rumah sendiri.


4. Dan apa yang dia cakap kalau tak balik kampung tu dapat menjimatkan duit minyak dan tol tu bagi aku memang betul, sebab bila dah tak berjalan jauh tu memanglah menjimatkan. Namun dari segi perasaan dan emosi pasti akan sedih dan pilu bila tidak dapat pulang berhari raya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara, malah ibu bapa di kampung pasti akan turut bersedih kerana anaknya tidak dapat pulang ke kampung.

Tips tidak pulang ke kampung pada hari raya itu mungkin sesuai untuk sesetengah orang, namun aku pasti ia tidak sesuai dan langsung sukar untuk dipraktikkan dalam majoriti masyarakat Melayu.


5. Pada point ketiga pula, dia ada cakap kalau dah ramai2 balik kampung mesti nak tidur hotel sebab rumah mak bapak sempit maka belanja bertambah. Bagi aku point ni dia tak boleh generalize semua orang balik kampung nak tidur hotel, sebab tak semua pun balik kampung nak tidur hotel malah yang nak tidur hotel pun bilangannya sedikit.

Dan orang yang memang nak tidur hotel tu pula, aku pasti dia antara orang yang tidak akan merungut pasal kewangan dan perbelanjaan sebab dia tahu dia memang mampu tidur hotel, sebab tu dia memang nak tidur hotel. Kalau dia takde duit, takde nya dia nak pergi tidur hotel.


6. Akhir sekali, pada pendapat aku, setiap orang mempunya pendapat dan pandangan yang berbeza. Beliau hanya menyatakan dari sudut pandangan beliau yang merupakan seorang pakar mengurus kewangan peribadi, dan bukan dari sudut motivasi kekeluargaan, ekonomi negara, hukum agama dan sebagainya, malah beliau bercakap dengan cara yang lembut, tiada maki hamun dan hina sesiapa.

Kalau kita ada pandangan yang berbeza, maki hamun bukan caranya. Kita boleh sahaja menulis pendapat dan pandangan kita di FB, di blog, di mana2 tanpa memaki hamun. Malah kalau rasa nak berbahas dengan beliau, boleh sahaja pergi ke FB nya Syed Abd Aziz Al-Qubra dan pergi berhujah dengan beliau.

Maki hamun bukan sahaja tidak boleh meningkatkan pendapatan anda, malah GST tetap jalan, matawang masih merudum, tol tetap akan naik. Sebab tu orang cakap orang Melayu ni makinya kuat, tapi kayanya tak kaya2 jugak.


from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas