Sunday, 5 July 2015

Lim Kit Siang & Rombongan Di Halau Di Johor

Video : Lim Kit Siang & Rombongan Di Halau Di Johor | Kira-kira 100 orang penyokong sebuah parti politik naik berang apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti mereka dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Lim Kit Siang & Rombongan Di Halau Di Johor

Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa mereka cuba nak menumbangkan Najib.
 
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong parti yang berada di situ memprotes  kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.
 
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong parti berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.
 
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
 
Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu 'Walkabout' di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu. – Bernama

Ikuti selanjutnya video dibawah...



Lim Kit Siang dan rombongannya di halau dr Johor???
Posted by Kezoom on Sunday, 5 July 2015


sumber
http://ift.tt/1dFMhsQ


from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas