Sunday, 5 July 2015

Aznil Nawawi Terkejut Saranan Jangan Balik Kampung

Aznil Nawawi Terkejut Saranan Jangan Balik Kampung | Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi melahirkan perasaan terkejutnya berhubung dengan kenyataan seorang perunding kewangan yang mengatakan bahawa 'jangan balik kampung jika hendak berjimat'.

Aznil Nawawi Terkejut Saranan Jangan Balik Kampung

Memetik kenyataannya di Facebook miliknya, Aznil berkata beliau seolah-olah 'tergamam' dengan petikan kenyataan tersebut.

"Tak percaya apa yang saya dengar," katanya.

Terdahulu sebuah video yang menjadi viral di media sosial menyentuh mengenai cadangan seorang perunding kewangan yang mencadangkan agar orang ramai jangan balik kampung untuk berjimat tahun ini.

"Saya rasa rakyat Malaysia...cuba sekali tahun ini berkrompomi jangan balik kampung, ia jimatkan minyak (harga minyak naik) dan tol...cuba tahun ini," petik kenyataan perunding kewangan itu menerusi sebuah rancangan bual bicara.

Sementara itu, Aznil terpaksa memadam video berkenaan dilaman Facebooknya kerana telah  mengundang komen negatif.

"Kurang pahala puasa nanti. Maaf ya," tulisnya.

sumber
http://ift.tt/1H0rnfg


from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas