Tuesday, 7 July 2015

Kerana Fitnah Di Facebook, Wanita Di Denda

Kerana Fitnah Di Facebook, Wanita Di Denda | Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, petang tadi kerana memfitnah seorang Majistret dengan mempertikai hukuman yang diputuskan terhadap seorang pesalah trafik menerusi Facebook, Januari lalu.

Kerana Fitnah Di Facebook, Wanita Di Denda

Rahimah Salin, 34, dari Taman Tanjung Minyak Jaya, di sini, didakwa memfitnah Mohd Asri Abd Rahman Sidik,34, menerusi akaun Facebook menggunakan nama samaran Iema Elyzam pada 8 Januari lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Majistret Mohd Firdaus Saleh yang mengendalikan kes itu memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari bermula hari ini dan denda RM1,500.

Jika gagal membayar denda, Rahimah akan dipenjara selama tiga bulan.

sumber
http://ift.tt/1Cn1VFl


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas