(VIDEO) ISU KURANG SOPAN DENGAN ANAK YATIM – NAD ZAINAL ZIARAH ANAK YATIM KALI KEDUA?
Isu penyebaran video Nad Zainal yang dilihat berkelakuan tidak sopan ketika berada di sebuah rumah anak yatim baru-baru ini tidak perlu diperbesarkan selepas aktres itu mengotakan janjinya mengunjungi semula rumah kebajikan berkenaan pada Rabu.
Nad berkata, kunjungan itu bukan untuk menyelesaikan isu berkenaan sebaliknya memenuhi niatnya sebelum ini yang ingin berjumpa semula kanak-kanak di pusat jagaan itu selepas kunjungan pertamanya pada Ramadan lalu.
“Saya telah ke sana semula atas janji yang telah dibuat ketika lawatan sebelum ini. Tiada kena mengena dengan isu yang timbul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Rasanya, tiada masalah yang berlaku antara saya dan pihak rumah anak yatim terbabit,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, ketua pegawai Eksekutif A Klasse, Asyraff Khalid berkata, sebagai sebuah syarikat pengurusan, dia mahu menjernihkan kontroversi tersebut secara tidak langsung walaupun tujuan asal Nad ke rumah anak yatim berkenaan bukan kerana isu tersebut.
“Niat kami ikhlas nak jumpa mereka. Sejurus selesai menziarai mereka, Nad bercakap dengan saya, ‘Asyraf, Nad tak kisah apa orang nak tulis, tapi, hari Nad happy sangat. Bagi saya, itu lebih bermakna. Kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak tersebut. Bila saya nampak api, saya cuba jadi air, supaya api tak merebak dan bakar segalanya. InshaAllah, kita sentiasa memperbaiki diri,” ujarnya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment