Subhanallah...aku malu dengan lelaki soleh yang buta penglihatan bernama Abang Saad ini ! kerana beliau...
Selepas solat isyak td di surau Al falah presint 9, kami beberapa org duduk dlm rutin harian kami, mendengar beberapa baris hadis Nabi saw berkenaan iman, solat, ilmu, ikram muslimin, ikhlas dan dakwah.
Hr ni majlis kami disinggahi oleh seorang ahli qariah kami yg kebetulan terdengar suara kami membacakan hadis2 ini. Sebelum ini pernah juga beliau duduk, namun hr ini sy berkesempatan berbual panjang dengannya.
Namanya mohamad saad. Sy memanggilnya abg saad. Beliau seorang yg telah kehilangan penglihatannya sekitar umurnya masih kanak2. Ceritanya, penglihatannya hilang sendiri secara beransur2, sedikit demi sedikit hingga langsung tidak dapat melihat.
Hebat orgnya. Mengapa sy menggelarnya hebat, kerana walaupun dia kehilangan penglihatannya, dia masih mampu dan diberi taufik oleh Allah untuk datang ke surau dengan tongkatnya. Kdg2 beliau dipimpin oleh ahli qariah yg ternampak beliau menapak ke surau, kadang2 beliau hanya melangkah berseorangan dr rumahnya yg berjarak lebih kurang 200 meter dr masjid (hampir 2 kali jarak padang bola sepak), walaupun hari siang, walaupun hr malam.
Setiap kali sy gagal ke surau, disebabkan demam, hujan lebat, anak sakit xda org nak jaga, sy akan memikirkan keadaan beliau dan apa sy nak jawab di akhirat nnt bila Allah kedepankan org yg begini pn boleh dtg ke surau menyahut panggilan Allah walaupun di dalam 2 kegelapan (kegelapan malam dan kegelapan penglihatan).
Td dia sempat menanyakan siapakah pengarang kitab yg kami bacakan itu. Sy menjawab sheikhul hadith maulana muhammad zakariyya, seorang ulamak hadis yg disegani di benua hind dan tanah arab, sehingga Allah memuliakan beliau utk dikebumikan di tanah perkuburan baqi' sewaktu beliau menghabiskan sisa hidupnya mengajar hadis di madinah.
Nama pengarang ini membuatkan abg saad teringat sewaktu beliau berjumpa dgn yassin (bekas penyanyi nasyid suatu keika dahulu). Yassin pernah memberitahunya, sewaktu beliau (yassin) ke britain, khususnya ke daerah Bolton, yassin ini pernah singgah di 1 masjid yg namanya masjid zakariyya. Masjid ini diberi nama sempena nama ulamak hadis tersebut yg pernah dtg membawa agama di situ suatu masa dahulu.
Apa yg hebatnya dgn masjid ini ialah, masjid ini menggunakan teknologi transmitter bg menghantar suara2 azan ke rumah2 org Islam.
Di Bolton ketika itu, suara azan dr speaker diharamkan kerana kawasan di situ umumnya orang Kristian. Oleh itu pihak masjid memasang transmitter utk dihubungkan azan terus ke rumah2 org Islam (hanya rumah2 org Islam shj yg mendengar azan).
Katanya, kita hari ini x perlu bersusah payah utk agama. Surau ada air cond, cantik, speaker siap ada menara lg supaya seluruh kg boleh dengar azan, surau dan masjid berharga jutaan ringgit hingga mencecah 2.6 bilion, tp surau dan masjid masih kekal maju ke belakang seperti dulu, 1-2 saf. Kalau masjid2 besar seperti masjid besi dan masjid putra lg lah, 3/4 saf je. Apa kata nak jawab nnt di hadapan Allah, kata abg saad.
Sy menjawab, sy lg teruk. Abg yg xda penglihatan pn boleh mai rumah Allah, sy serba cukup ni pn kdg2 x cukup 5 waktu, apa sy nak jawab nnt. Dia gelak kecil. Katanya, mintalah pd Allah supaya mengekalkan kita dlm hidayah dan mati dlm husnul khotimah.
Fadzil khairi
11082015
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment