Wednesday, 5 August 2015

Serpihan Sayap Sah Milik MH370

Serpihan Sayap Sah Milik MH370 | Di Bawah merupakan kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang dikeluarkan pada jam 1.48 pagi mengenai MH370:

Serpihan Sayap Sah Milik MH370

Malaysia Airlines ingin menyampaikan rasa sedih yang teramat kepada keluarga dan sahabat penumpang dalam MH370 selepas mendapat berita serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH370.

Ini disahkan bersama oleh pihak berkuasa Perancis, Bureau d’ Enquetes et d‘ Analyses pour la Securites de I’AviationCivile (BEA), pasukan Siasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Toulouse, Perancis dan kemudian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal sudahpun dimaklumkan dan kami melahirkan rasa simpati yang teramat kepada mereka yang terlibat.

Ini adalah kejayaan besar untuk kami menyelesaikan kehilangan MH370. Kami menjangka dan berharap lebih banyak objek akan ditemui bagi membantu menyelesaikan misteri ini.

Bergerak ke hadapan, keutamaan Malaysia Airlines adalah untuk terus menyediakan perkembangan dan maklumat terkini kepada keluarga dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk siasatan dan pemulihan daripada kemalangan tragik ini. - Bernama

sumber
http://ift.tt/1gLzmIl


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas