Sayu : Lelaki pangku budak parah dan ratapi 5 saudara maut !
Papar : Lima beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, kelima-lima mangsa iaitu pemandu, Nur Fitriati Sukarno, 28, Eka Sudarmono Sukarno, 37, Dwi Rahmahyanti Sukarno, Triana Nur Khasanah Sukarno, dan ibu mereka, Supiati Mohd Salleh, 53, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi penumpang berusia dua tahun iaitu Muhammad Hamizan Khaidir agak parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki semua mangsa dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kimanis.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu Nur Fitriati hilang kawalan, terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan.
"Pemandu dan empat penumpang di dalam kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Katanya, semua jasad mangsa sudah dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Al-fatihah - HM
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment