Tuesday, 11 August 2015

RESPON FARA MENDOZA BILA FIZZ FAIRUZ BERI KENYATAAN TIDAK KENALINYA

Respon-Fara-Mendoza-Bila-Fizz-Fairuz-Tak-Kenal-DirinyaNampaknya kontroversi yang melanda pelakon Fizz Fairuz masih lagi panas. Pengakuan Fizz Fairuz yang menyatakan bahawa dia tidak mengenali pelakon baharu Fara Mendoza, membuatkan gadis itu terkejut dengan perkara tersebut.

“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”

“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi”

“Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,” jelasnya kepada Berita Harian.



from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas