RESPON ALMY NADIA ISU MESEJ MESRA FIZZ FAIRUZ DENGAN WANITA LAIN TERSEBAR
Pelakon Almy Nadia mengambil pendekatan cukup diplomasi apabila diajukan mengenai cerita paparan skrin perbualan di aplikasi WeChat di antara lelaki yang menggunakan gambar dan nama suaminya, Fizz Fairuz dengan pelakon baharu Fara Mendoza. Menerusi perbualan berkenaan, akaun WeChat yang menggunakan nama Fizz itu dilihat memuji bentuk badan wanita berkenaan.Memetik sumber BH Online, Almy berkata:
“Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih.
“Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang,” katanya.
Almy mengakui rakan media bertalu-talu menghubunginya kerana masih tidak dapat berhubung dengan Fizz untuk mengulas perkara itu.
“Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun…memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu.
“Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri.
“Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong,” katanya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment