RAPAT DENGAN BEKAS SUAMI – INI JAWAPAN IZREEN AZMINDA BILA DITANYA ISU RUJUK SEMULA?
Perceraian antara pelakon Izreen Azminda dengan bekas suami, Muhammad Riza pada 9 Jun tahun lalu tidak menghalang mereka daripada terus berkawan. Malah, kehadiran anak lelaki, Adrian Umar, 2, menjadi alasan kukuh kepada hubungan itu.
Bagaimanapun, Izreen menafikan mereka akan berbaik atau rujuk semula selepas bersama-sama mengadakan sambutan ulang tahun kedua anak mereka baru-baru ini.
“Ia tidak akan berlaku sama sekali. Selepas bercerai, dia menjadi kawan saya. Andai satu hari kami disatukan semula, itu adalah jodoh, tapi buat masa sekarang tidak. Saya selesa berkawan dengannya tambahan pula dia tetap bapa kepada anak kami.
“Saya bahagia dengan kehidupan solo. Bukan tidak mahu ada komitmen dengan mana-mana lelaki, tapi saya mahu fokus terhadap kerjaya, keluarga dan anak,” katanya.
Jelas Izreen lagi, perpisahan yang terjadi membuatkan dia semakin berhati-hati untuk mengenal dan memulakan perhubungan baru dengan mana-mana lelaki.
Ditanya ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hatinya selepas ini, Izreen berkata, dia mahu mencari lelaki mampu memberikan masa depan terbaik buat diri dan anaknya. Menjawab maklum balas peminat yang mendoakan dia dan bekas suami rujuk semula, Izreen hanya mampu berterima kasih.
“Dari dulu lagi ramai berkata perkara sama, tapi biarlah saya dan dia saja tahu situasi sebenar. Saya anggap doa itu sebagai tanda sayang mereka terhadap saya. Terima kasih juga atas kata-kata positif diberikan,” katanya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment