Punca Sebenar Guru Dan Pelajar Di Pulau Pinang Dilarang Sambut Hari Kemerdekaan
Georgetown: Pihak guru dan pelajar di seluruh Negeri Pulau Pinang telah dilarang untuk menyertai sambutan hari kebangsaan ke-58 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
Perkara ini di Maklumkan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussainmelalui satu surat perkeliling yang di keluarkan JPN di mana susulan tema Hari Kemerdekaan ditetapkan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Bersih bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya.
Bagaimanapun larangan ini akan dimuktamatkan selanjutnya selepas menunggu Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia mungkin dikaitkan dengan slogan Bersih yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merujuk kepada demontrasi menuntut Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secara bersih oleh pihak pembangkang.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment