Thursday, 20 August 2015

Punca sebenar anak sanggup bakar rumah ibunya

Kuala Krai: Seorang anak tergamak membakar rumah ibunya sehingga wanita itu hampir pengsan melihat rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun lalu musnah dalam sekelip mata
Dalam kejadian 11.15 pagi tadi di Kampung Belanga, Pahi, di sini, Mek Mas Awang Long, 65, kerugian RM45,000, selepas rumahnya dibakar anaknya berusia 35 tahun yang kemurungan akibat ketagihan dadah.

Mek Mas berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah seorang cucunya di kawasan berhampiran.
Katanya, dia kemudian dimaklumkan seorang jiran mengenai kebakaran terbabit sebelum segera pulang.
“Setibanya di rumah saya terkejut melihat api menjulang tinggi dan saya hanya mampu meraung kerana api merebak dengan cepat.

“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk dokumen penting.”, katanya

Mek Mas berkata, dia tidak menolak kemungkinan rumahnya dibakar anak keempatnya berusia 35 tahun yang mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 pagi sebelum dua jentera bersama sembilan anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah itu sudah 70 peratus terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, Mek Mas membuat laporan polis selepas kejadian dan anaknya sudah ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut. - HM


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas