PENGAKUAN ABBY ABADI – PERKAHWINAN DENGAN FARHAN SATU KESILAPAN?
Bekas pelakon Abby Abadi bakal menamatkan zaman jandanya dan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang lelaki bernama Jai pada 14 Ogos ini. Menariknya, Abby menganggap perkahwinan kali ketiganya ini adalah yang ‘kedua’ kerana dia tidak merasai sebarang impak daripada perkongsian hidupnya bersama Farhan.
Kata Abby:-
Nikah kali ketiga? Saya rasa yang kedua (dengan Farhan) macam tidak perasan sangat dan tak dirasai sangat. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan. Sebaliknya saya anggap ia satu kesilapan besar kerana cepat sangat mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun perkenalan kami sangat singkat.
Abby turut memaklumkan hatinya tergerak untuk menerima Mohd Faizal @ Jai sebagai suami selepas tertarik dengan keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan duda itu terhadapnya dan anak-anak. Kata Abby lagi:-
Walaupun kami baru saja rapat, dia istimewa di mata saya kerana menerima saya seadanya. Sikap penyayangny terhadap anak-anak saya dan selalu bertemu mereka menawan hati saya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment