Kaum Hawa Sila Jadikan Ini Pengajaran - Nur Fathiah Tanggung Derita Selepas Gambar Aib Disebar Bekas Kekasih Hati? (2 Gambar)
#$Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, memberitahu The Rakyat Post dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.
Sehari kemudian gambar bo g elnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri. Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.
Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertu ala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” Fathiah mengadu kepada The Rakyat Post.
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.
from PenPanas

0 comments:
Post a Comment