ISTERI PERTAMA ASYRAF MUSLIM, DAYANA DISAHKAN HAMIL?
Isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana sedang hamil anak sulung mereka. Kini kandungan Dayana sudah memasuki usia empat bulan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini,” kata Ashraf kepada portal Murai.
Teruja dengan kehamilan Dayana, Ashraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kandungan Dayana di awal usia kehamilan.
“Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil,” kata Ashraf.
Ashraf yang bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini juga mendedahkan yang dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama.
“Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf lagi
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment