Wednesday, 12 August 2015

Diana Danielle Hamil Anak Kedua..Dah Lima Bulan...

Pelakon, Farid Kamil mengesahkan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle kini hamil anak kedua.


Menurut Farid, usia kandungan Diana sudah mencecah empat hingga lima bulan ketika ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki anak kedua ini.

"Sebagai bapa, saya sangat gembira dan teruja sama seperti ketika kelahiran anak pertama kami dulu.

"Kami memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua kerana anak pertama, Muhammad sudah berusia dua tahun," katanya.

Ditanya soal jantina bayi pula, kata Farid, mereka tidak kisah sama ada akan dapat anak lelaki atau perempuan.

“kami juga tidak buat pemeriksaan mengesan jantina bayi lagi kerana tidak mahu tahu jantinanya lebih awal.

"Apa yang penting, setakat ini, Diana dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

"Diana juga sudah berehat dari aktiviti seni kerana ingin menjaga kesihatan kandungannya itu," katanya.

Farid ditemui di majlis pelancaran tiga filem terbitan Grand Brilliance dan sambutan Aidilfitri yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, pagi tadi. - HM


from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas