Wednesday, 26 August 2015

Akhbar Perancis Dedahkan "Tiada apa yang membenarkan Flaperon diperakui 100 peratus milik pesawat MH370!"


"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini,"

“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” kata Najib dengan muka yang sedih pada 6 Ogos lalu..

Tapi... semalam menurut MalaysiaGazette melaporkan laporan di media Perancis pada Jumaat lalu, mendakwa penyiasat Perancis tidak dapat mengaitkan secara langsung teritip yang terdapat pada bahagian serpihan pesawat itu dengan pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Laporan itu diterbitkan oleh akhbar, La Depeche, di Toulouse, Perancis pada Jumaat lalu.

Ini laporannya..

Serpihan tunggal, flaperon, yang penyiasat sangka mungkin milik pesawat MH370 kini dikhuatiri bukan serpihan daripada pesawat yang hilang itu. Serpihan tersebut dijumpai hanyut di Pulau Reunion pada akhir Julai lalu.

Pulau Reunion yang merupakan jajahan Perancis menyebabkan flaperon itu dihantar ke negara tersebut untuk tujuan siasatan oleh sepasukan pakar.

Bagaimanapun, menurut laporan yang mengejutkan di media Perancis pada Jumaat lalu, penyiasat Perancis tidak dapat mengaitkan secara langsung teritip yang terdapat pada bahagian serpihan pesawat itu dengan pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang kira-kira 18 bulan lalu, membantutkan usaha mencarinya.

Laporan itu diterbitkan oleh akhbar, La Depeche, di Toulouse, Perancis pada Jumaat lalu. Toulouse merupakan lokasi pasukan pakar menjalankan siasatan terhadap flaperon yang ditemui itu sama ada ia adalah serpihan MH370.

"Pakar-pakar di Toulouse telah menyelesaikan kaji selidik flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion.

"Tiada apa yang membenarkan ia (flaperon) diperakui 100 peratus kepunyaan pesawat MH370!," lapor La Depeche.

Versi terjemahan laporan itu telah disiarkan oleh pakar penerbangan dan juga penulis, Jeff Wise dalam blognya.

Bagaimanapun, menurut laporan yang sama, pasukan Prancis tidak menolak kemungkinan serpihan itu tercabut daripada pesawat MH370 pada Mac 2014 apabika pesawat tersebut jatuh.

"Kes ini tidak boleh dianggap telah ditutup," kata akhbar itu.

"Untuk ketika ini, apa yang pasti flaperon, yang dipindahkan dari Pulau Reunion ke Toulouse pada 5 Ogos lalu mempunyai kaitan dengan sayap B777," kata akhbar itu.

Jika serpihan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, seorang pakar berkata, ia boleh mengesahkan teori yang aneh tetapi tersebar luas - bahawa pesawat itu tidak terhempas dalam keadaan menjunam tetapi mendarat di permukaan air di Lautan Hindi yang membolehkannya tenggelam dengan badan pesawat masih utuh dan berada kira-kira empat batu (6.4 kilometer) di dasar lautan.

"Jika (ia menjunam dan terhempas), anda boleh menjangka serpihan yang lebih kecil daripada flaperon," kata Jean-Paul Troadec, bekas presiden agensi penyiasatan kemalangan.



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas