Tuesday, 25 August 2015

3 Gambar : Respon Tasha Shilla isu pakai B ra untuk majalah

Aktres kontroversi, Tasha Shilla berharap orang ramai tidak melatah dan menghakimi dia selepas melihat fotonya menampakkan bra pada muka depan majalah Cosmopolitan edisi September.
Dalam majalah tersebut Tasha dilihat bergaya seksi dengan hanya mengenakan bra yang dipadankan dengan baju T jenis kain les.
Memetik laporan mStar online, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berkata, apa yang ditonjolkan di luaran tidak sepatutnya dinilai masyarakat, sebaliknya hati yang baik itu adalah lebih penting.


"Dont judge a book by its cover. (Jangan menilai sesebuah buku itu melalui muka depannya) Yang penting hati. What's inside that counts. (Apa didalam itu diambil kira).
"Saya berharap orang ramai bersikap lebih terbuka tentang perkara itu. Jangan lupa dapatkan majalah itu ya," katanya.

Tasha urut meletakkan kapsyen meluahkan rasa penghargaan terhadap beberapa individu yang menjayakan sesi fotografi terbabit.
"My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! (Majalah Cosmo keluaran September sudah tersedia. Dapatkan sekarang).
Dalam pada itu, Tasha turut meminta pengikut-pengikutnya untuk tidak meninggalkan sebarang komen sekiranya bukan kata-kata baik yang mahu diberikan. -MD


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas